Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Jatt datang bertandang di #NoTapis

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Jatt datang bertandang di #NoTapis

Nov 26, 2019 | 08:04 PM

RAMAI menggelar vokalis Black Dog Bone (BDB), Jatt Ali, sebagai legenda.

Ada yang malah tertanya-tanya mengapa beliau masih ingin bertanding di pentas gah Gegar Vaganza 6 (GV6) dengan kesediaan menerima pelbagai komen daripada pengadil yang hampir sebaya, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.

Namun, bagi Jatt, 63 tahun, beliau hanya ingin menghiburkan hati penonton dan mencabar dirinya dengan menyanyikan lagu-lagu daripada genre di luar zon selesanya.

Inilah yang dikongsinya ketika berkunjung ke pejabat Berita Harian petang tadi bagi sesi podcast #NoTapis. Sesi tersebut dikendalikan bersama koresponden Shahida Sarhid dan koresponden hiburan, Haryani Ismail

Sebagaimana kata Jatt:

"Saya memang rasa tercabar menyanyikan lagu Noraniza Idris, Awallah Dondang sampaikan saya hubungi Ani (panggilan buat Noraniza) sendiri untuk dapatkan keizinan beliau menyanyi lagu tersebut.

"Ani ketawa tetapi memberitahu saya agar memberikan sentuhan Jatt Ali pada lagu itu sendiri. Katanya, 'Abang relaks dan beri yang terbaik'."

Dalam sesi podcast itu, pelantun lagu Khayalan dan Cahaya Aidilfitri itu bersyukur dengan pendedahan dalam rancangan popular GV6 itu, beliau dapat lebih ramai peminat dalam kalangan generasi muda yang menggelar diri mereka Young Jatt Dreamers.

"Saya terharu kerana inilah masanya anak muda  yang tak tahu siapa penyanyi lagu Raya, Cahaya Aidilfitri itu akhirnya nampak wajah penyanyinya. Ada yang mungkin tahu lagu Khayalan tapi terfikir-fikir siapa penyanyinya. Mereka sangka penyanyi asal adalah Ruffedge," ujarnya lagi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3