SEKITAR SYAWAL: Kian ramai peraga busana Melayu
'Jatuh cinta' dengan tanjak selepas hadiri bengkel
Jun 17, 2019 | 05:30 AM
TAK kenal maka tak cinta. Pada mulanya, Syahzyad Syawqie Kamal Lutfie, 18 tahun hanya memerlukan bantuan untuk memakai kain samping.
Tanpa disangka, minatnya terhadap tanjak berputik selepas beliau bertemu Encik Muhammad Fairuz Zazali, pengasas Tanjak Mahkota SG by Bin Mansor dalam pertandingan silat yang disertainya.