Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-Z

Jatuh cinta pada anggerik sejak usia 12 tahun

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



BERPUTIK minat terhadap bunga anggerik sejak beliau berusia 12 tahun, Encik Muhammad Ridhwan Ibrahim masih ingat lagi dengan jelas anggerik pertama yang dibelinya.



Encik Ridhwan telah membeli 'Dendrobium Red Bull', yang kelopaknya ungu dan di tengahnya putih yang dijual di pasar malam berdekatan dengan rumahnya.



Sekitar 15 tahun kemudian, hari ini, Encik Ridhwan mempunyai lebih daripada 70 jenis bunga anggerik dalam koleksinya dan menanam bunga anggerik yang mempunyai kacukan silang.



Koleksi bunga anggeriknya yang pada awalnya hanya ditanam di kawasan koridornya, kini "melimpah" ke tempat lain seperti di tapak semaian komersial.



Memupuk kemahiran melalui buku-buku bercucuk tanam, menghadiri bengkel dan mempelajari daripada peminat bunga anggerik yang lain, Encik Ridhwan berkata bunga-bunga anggerik selalu memberikannya ketenangan.



Mengimbas kembali kali pertama beliau membeli bunga anggeriknya, Encik Ridhwan berkata beliau tidak akan lupakan pengalaman itu.



"Perasaan itu tidak dapat digambarkan.



"Apabila saya beli bunga itu, ia seakan mendapat hadiah atau memenangi cabutan bertuah!," selorohnya.



"Boleh katakan selepas itu, ketika saya di bangku sekolah menengah, saya mula untuk membeli beberapa jenis anggerik lain di tapak semaian yang berlainan dan mengembangkan koleksi saya," jelas beliau yang berusia 32 tahun.



Membaca buku-buku mengenai tanam-tanaman dan anggerik, Encik Ridhwan juga telah memilih untuk meningkatkan kemahirannya dengan menyertai bengkel anggerik yang anjurkan oleh Lembaga Taman Negara (NParks).



Selain daripada mempelajari daripada pakar-pakar melalui bengkel, Encik Ridhwan turut belajar bagaimana untuk bercucuk tanam daripada ibu bapanya, Encik Ibrahim Salleh dan Cik Napsiah Haroun.



Ibarat pepatah 'ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi', Encik Ridhwan berkata minatnya untuk bercucuk tanam didorong oleh arwah ibu dan ayahnya yang gemar bercucuk tanam.



"Saya membesar dengan melihat mereka bercucuk tanam.



"Jadi apabila arwah ibu saya melihat saya mula menanam bunga-bunga anggerik, beliau memang suka dan menyokong hobi saya ini," kata beliau yang merupakan anggota Persatuan Anggerik Asia Tenggara (OSSEA).



Mengulas mengenai cara untuk mula bercucuk tanam bunga anggerik, Encik Ridhwan berkata ia bergantung kepada jenis anggerik.



Sebagai contoh, bagi penjagaan 'dendrobium' jenis 'hybrid intermediate', ia perlu disiram air selang sehari pada waktu pagi.



Jika cuaca agak panas pada waktu petang, sebelum senja beliau akan menyiram atau menyembur air pada bahagian akarnya.



"Saya selalunya meluangkan masa sekitar dua jam untuk menanganinya.



"Semasa menanam bunga ini, kita harus bersabar dan ingat untuk memberinya rehat yang secukupnya setelah berbunga kerana selalunya selepas ia berbunga, kadangkala ia kehilangan daunnya semasa tempoh berbunga," ujarnya.



Ketika dihubungi oleh Berita Harian (BH), Encik Ridhwan yang bekerja sambilan sebagai pemilih runcit dalam talian berkata terdapat banyak bunga anggerik kegemarannya.



Antaranya adalah 'Brassavola Great Egret', 'Brassocattleya Lim Guat Bee', 'Dendrobium Caesar', 'Dendrobium Mother Teresa' dan 'Dendrobium Genting Fragrance'.



Menyertai pertandingan anggerik di Pertunjukan Pesta Kebun Singapura (SGF) Hotikultur (Hort) tahun ini, beliau telah menarik perhatian para juri dengan 'Dendrobium Margaret-Rathi Alfreds' jenis anggerik yang berwarna kuning, ungu dan putih, dalam pertandingan.



Dalam pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama OSSEA, anak bongsu daripada empat orang beradik itu berjaya meraih tempat kedua dalam kelas 44 bagi 'Dendrobium Margaret-Rathi Alfreds'.



Selain daripada menanam bunga anggerik untuk dirinya sendiri, Encik Ridhwan turut melakukan jualan dalam talian melalui laman Facebook Wan Orchids.



Di sana orang ramai boleh mendapati beraneka bunga anggerik dengan harga bermula dari $10 hingga $200 bergantung kepada harga pasaran.



Antara mereka yang merupakan pelanggannya termasuk mantan Anggota Parlimen, Encik Amrin Amin dan Encik Hawazi Daipi serta Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



"Apabila orang ramai membeli bunga anggerik daripada saya, saya akan memberikan sedikit tunjuk ajar dalam penjagaan anggerik.



"Bagi saya, apabila saya berdepan dengan tekanan dari tempat kerja atau kehidupan, anggerik-anggerik ini memberikan saya ketenangan.



"Jadi saya berharap sesiapa yang mula menanam bunga anggerik, mereka dapat rasa perasaan yang sama," ujarnya.




ORKID BERI KETENANGAN JIWA 



"Apabila orang ramai membeli bunga anggerik daripada saya, saya akan memberikan sedikit tunjuk ajar dalam penjagaan anggerik.

Bagi saya, apabila saya berdepan dengan tekanan dari tempat kerja atau kehidupan, anggerik-anggerik ini memberikan saya ketenangan.

Jadi saya berharap apabila sesiapa yang juga mula untuk menanam bunga anggerik, mereka dapat rasa perasaan yang sama."

- Encik Muhammad Ridhwan Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >