Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Jatuh dari tempat tinggi punca utama kematian di tempat kerja tahun ini

Jul 14, 2022 | 07:27 PM

JATUH dari tempat yang tinggi merupakan punca utama bagi 29 kematian di tempat kerja tahun ini, termasuk 11 kematian yang melibatkan pekerja yang terjatuh.

Sebanyak 11 kes itu melibatkan tujuh pekerja yang jatuh dari tempat tinggi, dua pekerja yang jatuh ke dalam laut semasa bekerja di kapal, seorang pekerja yang jatuh semasa hendak turun dari kenderaan serta seorang lagi pekerja yang tergelincir dan jatuh di tempat kerjanya.

Perangkaan itu didedahkan semasa satu forum keselamatan tempat kerja hari ini (14 Julai).

Jumlah kematian di tempat kerja sejauh ini tahun ini merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh yang sama sejak 2016, apabila 42 pekerja terkorban dalam enam bulan pertama tahun itu.

Sementara siasatan terhadap kemalangan di tempat kerja biasanya menunjukkan bahawa ia berpunca daripada kesilapan manusia, Timbalan Pengarah Pakar Siasatan dan Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Encik Goh Chin Keong, berkata langkah menuding jari tidak bermanfaat.

“Adalah penting untuk memikirkan cara menghapuskan bahaya dan risiko menerusi kejuruteraan, teknologi dan reka bentuk bagi keselamatan,” ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3