Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jatuh hati semasa sertai program di pusat warga emas

May 08, 2017 | 05:30 AM



YANG seorang pendiam, seorang lagi pula peramah, tetapi kalau jodoh tidak ke mana.



Ini bukan cerita cinta biasa tetapi cinta yang berputik antara pasangan warga emas yang bertemu ketika menyertai program di Pusat Kegiatan Warga Emas Sunlove di Chai Chee.



Cik Maria Abdul Hamid, 70 tahun, sudah menyertai program di pusat itu sejak empat tahun lalu manakala Encik Ismail Sapuan, 62 tahun, pula baru menyertai pusat itu tiga bulan lalu.



Menurut Cik Maria, Encik Ismail seorang yang pendiam dan pada mulanya, beliau hanya akan duduk diam sementara Cik Maria mengikuti pelbagai kegiatan bersama warga emas lain.



Namun apa yang membuat Cik Maria terpikat dengan Encik Ismail ialah sikap prihatinnya terhadap beliau.



"Waktu itu kami ke poliklinik kerana ada temu janji dengan doktor tetapi apabila batuk saya begitu teruk sehingga doktor suruh saya ke hospital, dia sanggup tinggalkan temu janjinya untuk menemani saya ke hospital," kata Cik Maria yang sudah menjadi balu selama 29 tahun.



Selepas sekitar sebulan berkenalan dan kemesraan antara mereka meningkat, Encik Ismail pun meluahkan hajatnya kepada Cik Maria dengan bertanyakan:



"Saya nak ambil awak jadi isteri saya. Suka tak?"



Pasangan itu diijabkabul di Masjid Al-Ansar semalam dengan disaksikan anggota keluarga, sahabat handai serta kakitangan dan relawan daripada Pusat Kegiatan Warga Emas Sunlove.



Pasangan merpati dua sejoli itu berkata mereka memutuskan untuk membina mahligai bersama kerana percaya telah menemui teman hidup yang dapat mengisi kekosongan jiwa mereka.



Encik Ismail yang berkhidmat sebagai pemandu ambulans sebelum ini berkata beliau dan Cik Maria menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.



"Kami boleh saling menjaga satu sama lain apabila salah seorang daripada kami jatuh sakit," ujarnya yang kerap keluar makan bersama Cik Maria di Geylang Serai dan Changi Village.



Majlis perkahwinan mereka berlangsung di Pusat Kegiatan Warga Emas Sunlove di Blok 31 Chai Chee Avenue, siap dengan pukulan kompang yang mengiringi perarakan pengantin dengan bunga manggar.



Majlis itu dijayakan kakitangan pusat itu serta warga emas lain yang mengikuti program di sana serta beberapa relawan.



Menurut pengurus pusat itu, Cik Noraidah Hadi Akib, pusat itu membelanjakan sekitar $1,000 bagi majlis itu.



"Selepas warga emas lain di pusat ini memberitahu saya bahawa mereka akan berkahwin dua minggu lalu, saya memberitahu bos saya dan kami memutuskan membantu pasangan ini mengadakan majlis di pusat ini.



"Apabila orang lain pula dapat tahu bahawa mereka akan berkahwin, mereka pun tampil untuk membantppu dengan solekan pengantin, kek kahwin dan hiasan," ujarnya.



Selain warga emas yang mengikuti kegiatan di pusat itu, jiran, pelajar daripada Sekolah Victoria serta relawan daripada Lions Befrienders dan Eastern Health Alliance (EHA) turut membantu menjayakan majlis tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >