Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH JAUHARI

Jauhari masyarakat diketahui hari ini

Nov 18, 2020 | 05:30 AM



PENCAPAIAN beliau dalam industri yang diceburinya bukan calang-calang.



Selain berjaya dalam bidang yang diceburi, beliau juga giat menyumbang semula kepada masyarakat, dan beliau lebih-lebih lagi prihatin bagi pembangunan pendidikan golongan muda.



Demikian antara nilai yang menjadikan individu ini Jauhari masyarakat Melayu/Islam.



Gerangan penerima Anugerah Jauhari Berita Harian itu bakal diketahui dalam satu majlis petang ini.



Disampaikan buat tahun ke-22, penerima Anugerah Jauhari kali ini akan menerima anugerah daripada tetamu terhormat, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam.



Namun, berbeza daripada tahun sebelum ini dan sejajar dengan langkah pengurusan selamat di tengah-tengah pandemik Covid-19 sekarang, majlis penyampaian anugerah itu yang biasanya diadakan dengan jamuan malam penuh gah di hotel akan berlangsung di Auditorium SPH News Centre di 1000 Toa Payoh North dengan dihadiri sekitar 50 tetamu.



Bagaimanapun, acara itu juga akan disiarkan di laman Facebook Berita Harian pada 7.45 malam ini.



Anugerah Jauhari Berita Harian tahun ini disampaikan FairPrice Group.



Anugerah Jauhari mengiktiraf sumbangan dan pencapaian cemerlang individu Melayu/Islam setempat.



Ia juga sebagai memberi penghormatan kepada individu Melayu/Islam yang cemerlang, tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi.



Tokoh terpilih juga diakui telah meninggalkan kesan mendalam ke atas masyarakat melalui sumbangan dalam bidang yang diceburi.



Tahun ini, penerima anugerah itu dipilih daripada senarai tokoh dan pertubuhan yang dicalonkan pembaca akhbar ini dan pemimpin masyarakat.



Sejak diperkenal pada 1999, Anugerah Jauhari menjulang tokoh daripada pelbagai bidang termasuk akademik, perubatan, perniagaan, seni, sukan, pergerakan buruh, aktivis sosial dan bantuan kemanusiaan.



Malah, ia juga pernah disampaikan kepada Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) pada 2014, menjadikannya pertubuhan pertama dan satu-satunya sejauh ini yang diberi anugerah berprestij itu.



Berita Harian juga akan menyampaikan Anugerah Jauhari Harapan bagi mengiktiraf pencapaian dan potensi individu Melayu/Islam yang berusia 30 tahun dan ke bawah.



Anugerah ini, yang diperkenal pada 2014 sebagai mencerminkan komitmen akhbar ini memberi dorongan kepada golongan muda yang berpotensi agar terus mengejar impian.



Penerima Jauhari Harapan juga dipilih daripada pencalonan umum dan pemimpin masyarakat.



Panel pengadil seramai empat orang yang diterajui mantan Speaker Parlimen, Encik Abdullah Tarmugi, kemudian memilih Jauhari dan Jauhari Harapan daripada nama-nama yang dicalonkan.



Lain-lain pengadil termasuk Editor Berita Harian/Minggu, Encik Saat A. Rahman; Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Raffles, Profesor Madya Abdul Razakjr Omar yang juga Jauhari 2013; dan Encik Suhaimi Rafdi, Pengarah Kanan, Our Tampines Hub, juga penerima Jauhari 2012.




Video upacara penyampaian Anugerah Jauhari Berita Harian 2020 akan disiarkan di laman Facebook Berita Harian pada 7.45 malam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >