Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Jawatan tambahan di MCI untuk Rahayu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Jawatan tambahan di MCI untuk Rahayu

Apr 24, 2021 | 05:30 AM

SETIAUSAHA Parlimen Kesihatan Cik Rahayu Mahzam akan menggalas tanggungjawab tambahan sebagai Setiausaha Parlimen Perhubungan dan Penerangan.

Pelantikan beliau itu diumumkan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dalam satu sidang media yang diadakan semalam.

Perubahan itu akan berkuat kuasa 15 Mei ini.

Cik Rahayu memberitahu Berita Harian (BH) semalam bahawa beliau rasa berterima kasih diberi peluang menggalas portfolio tambahan di Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) itu.

"Saya sangat berterima kasih kerana diberi peluang belajar dalam portfolio lain.

"Saya menantikan kerjasama dengan pasukan di MCI," kata beliau.

Cik Rahayu, 41 tahun, memasuki arena politik pada 2015 selepas dipilih sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong dalam pilihan raya umum pada tahun itu.

Beliau pernah berkhidmat sebagai peguam dengan pengkhususan dalam undang-undang keluarga dan diiktiraf pengantara bersekutu dengan Pusat Pengantaraan Singapura.

Cik Rahayu dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan (MOH) pada 1 September tahun lalu.

Antara isu yang beliau perjuangkan di Parlimen ialah kepentingan masyarakat keperluan khas, pembangunan belia, usaha memperkasa wanita, dan memelihara masyarakat berbilang budaya dan agama yang kukuh.

Beliau juga naib pengerusi Panel Penyeliaan Reach yang terlibat dalam mendapatkan maklum balas awam mengenai dasar dan pelbagai isu.

Cik Rahayu juga merupakan antara tiga pemegang jawatan politik wanita yang menerajui semakan menyeluruh berkenaan isu melibatkan kaum Hawa untuk mencetus perubahan minda tentang kesetaraan jantina di Singapura.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3