Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa antara kementerian dibentuk tangani masalah dadah libat belia

Dianggotai Shanmugam selaku pengerusi dan tujuh menteri negara kanan, menteri negara dan setiausaha parlimen kanan pelbagai kementerian
May 05, 2023 | 05:30 AM



SATU Jawatankuasa Antara Kementerian (IMC) baru mengenai pencegahan dadah untuk belia akan ditubuhkan bagi memerangi peningkatan kegiatan dadah di Singapura, terutama dalam kalangan belia.



Mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata panel tersebut terdiri daripada pelbagai kementerian.



Ia termasuk Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Kementerian Pertahanan (Mindef), Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Persatuan Rakyat (PA) dan Kementerian Kesihatan (MOH).



Bimbang terhadap trend remaja seawal 16 tahun menggunakan dadah, Encik Shanmugam berkata kementerian berbeza di sini harus melihat secara lebih luas dari pelbagai aspek pencegahan dadah untuk golongan anak muda.



Mengumumkan demikian semasa melawat Rumah Peralihan Pertapis di Lorong 34 Geylang, Encik Shanmugam berkata:



"Kita akan cuba dan lihat bagaimana kita boleh memberi tumpuan kepada usaha pencegahan dadah di rumah - melalui ibu bapa - di sekolah, dalam masyarakat, dalam Perkhidmatan Negara. Kita perlu mendekati perkara ini dari pelbagai aspek."



Menurut jurucakap Biro Narkotik Pusat (CNB), IMC mengenai pencegahan dadah itu akan dipengerusikan Encik Shanmugam sendiri.



Ia dianggotai pengerusi dan tujuh menteri negara kanan, menteri negara dan setiausaha parlimen kanan pelbagai kementerian.



Dalam satu tinjauan yang dilakukan Institut Kesihatan Mental (IMH) antara April 2021 dengan Julai 2022, lebih 40 peratus individu yang menyalah guna dadah mula melakukan perkara tersebut sebelum usia 18 tahun, dengan usia purata permulaan penyalahgunaan dadah sekitar 15.9 tahun.



Ia menganggarkan bahawa 0.7 peratus penduduk Singapura dalam lingkungan usia yang ditinjau telah menyalahgunakan dadah dalam tempoh 12 bulan yang lalu.



Walaupun peratusan itu kelihatan kecil apabila didarabkan merentasi populasi, ia bermakna kemungkinan sekitar 18,000 penduduk telah menyalahgunakan dadah.



Selain itu, 52 peratus penyalahguna dadah itu bermula dengan ganja dan 50 peratus penyalahguna dadah mendedahkan bahawa mereka menyalahgunakan dadah di rumah sendiri atau rumah kawan.



Antara mereka yang telah menyalahgunakan dadah, rasa ingin tahu adalah sebab yang paling biasa untuk mula berbuat demikian.



Sebab lain termasuk tekanan rakan sebaya dan kepercayaan bahawa dadah boleh membantu mereka mengatasi masalah.



Dengan Thailand meluluskan ganja di seluruh negara dan Malaysia memansuhkan hukuman mati mandatori bagi pengedaran dadah, Encik Shanmugam berkata cabaran itu bukan hanya menjejas Singapura bahkan juga negara serantau.



"Bagaimana untuk bekerjasama dengan lebih baik bersama golongan ibu bapa?



"Bagaimana kita boleh menerapkan lagi mesej bahawa dadah itu adalah isu yang serius?



"Ini adalah sesuatu yang ramai warga Singapura tahu.



"Tetapi kita harus terus menekanan lagi mesej tersebut dan memastikan ia memahaminya dengan lebih mendalam dan mendekati golongan anak muda secara rapat," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >