Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:16
Isyak
8:25

Jawatankuasa baru dibentuk PM Lee untuk semak amalan keselamatan data khidmat awam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Jawatankuasa baru dibentuk PM Lee untuk semak amalan keselamatan data khidmat awam

Mar 31, 2019 | 06:27 PM

SATU jawatankuasa baru telah dibentuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk menyemak dan mengukuhkan amalan keselamatan data bagi perkhidmatan awam. 

Pembentukan itu dilakukan menyusuli beberapa insiden berkaitan data yang berlaku kebelakangan ini. 

Jawatankuasa Semakan Keselamatan Data Sektor Awam itu akan memantau dan melihat bagaimana data dikumpulkan dan dilindungi oleh agensi, vendor dan parti ketiga yang diberi izin, serta menyarankan langkah untuk memperbaiki keselamatan. 

Ia juga akan menyarankan langkah-langkah teknikal dan keupayaan untuk memperbaiki respons pemerintah kepada insiden dan perlindungan data rakyat serta membangunkan pelan tindakan untuk dikuatkuasakan serta merta atau bagi jangka masa panjang. 

Demikian kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO), yang menambah jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3