Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa dibentuk semula pantau niaga guna GST sebagai alasan naik harga

Pelbagai platform akan disedia bagi orang awam beri maklum balas atau lapor niaga disyaki naikkan harga secara tidak wajar: Low Yen Ling
Mar 17, 2022 | 05:30 AM



SATU jawatankuasa telah dibentuk semula untuk menangani keprihatinan bahawa perniagaan mungkin menggunakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai alasan untuk menaikkan harga.



Jawatankuasa Mencegah Pencatutan (CAP) akan meninjau maklum balas terhadap kenaikan harga yang tidak wajar terhadap produk dan khidmat selain memberi tumpuan terhadap barangan harian yang sering dimakan atau digunakan oleh isi rumah Singapura seperti telur dan ayam.



Dipengerusikan oleh Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, jawatankuasa itu telah mengadakan mesyuarat pertama mereka semalam.



Anggota lainnya termasuk wakil daripada pelbagai industri, pertubuhan akar umbi dan Anggota Parlimen (AP).



Cik Low berkata akan terdapat pelbagai platform bagi orang awam memberi maklum balas atau melaporkan sebarang perniagaan yang disyaki menggunakan GST sebagai alasan untuk mengenakan harga lebih tinggi.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, telah mengumumkan buat pertama kalinya bahawa jawatankuasa itu akan dibentuk semasa ucapan Belanjawannya bulan lalu, apabila beliau menetapkan bagaimana kadar GST akan dinaikkan daripada 7 peratus kepada 9 peratus dalam dua tahap.



Ini termasuk kenaikan satu peratusan mata setiap kali pada 1 Januari 2023 dan 1 Januari 2024.



Jawatankuasa itu dibentuk buat kali pertama pada 1994, tahun di mana GST diperkenalkan buat kali pertama dan dibentuk semula semasa sebelum berlakunya kenaikan GST pada 2003 dan 2007.



Seperti sebelum ini, jawatankuasa yang dibentuk semula akan mencegah daripada pencatutan terhadap barangan makanan asas seperti telur, ayam, sayur-sayuran dan makanan daripada pusat penjaja dan kedai kopi serta barangan asas bukan makanan seperti produk isi rumah.



Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu berkata ia akan bekerjasama dengan agensi dan pertubuhan rakan kongsi untuk menyiasat maklum balas termasuk daripada Suruhanjaya Persaingan dan Pelanggan Singapura, Persatuan Rakyat (PA) dan Persatuan Pengguna Singapura (Case).



Jawatankuasa itu juga akan mendekati perniagaan untuk mengetahui mengapa mereka menaikkan harga dan menilai penjelasan mereka, untuk mengesahkan jika kenaikan harga yang mereka tetapkan merangkumi pencatutan mengenai kenaikan GST.



Ia mungkin menerbitkan nama peniaga yang mahu mengaup untung atas alasan kenaikan GST.



Cik Low berkata jawatankuasa itu "tidak akan menambah beban kawal selia terhadap perniagaan."



"Peranannya adalah untuk memperkukuh ketelusan dan membolehkan persaingan pasaran bebas untuk berfungsi seperti yang sepatutnya.



"Sedang kita melindungi kepentingan pengguna, kita juga akan terus menyokong perniagaan kita," tambahnya.



Orang awam yang ingin memberi maklum balas mengenai kenaikan harga tidak wajar terhadap produk dan khidmat asas dengan bertopengkan kenaikan GST boleh melakukan demikian melalui laman web rasmi CAP bermula 1 April 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >