Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa Industri Penyewaan Adil dibentuk 1 Jun

Mar 27, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH Jawatankuasa Industri Penyewaan Adil (FTIC) akan dibentuk pada 1 Jun nanti untuk mengelola dan memastikan pematuhan industri terhadap kod tatalaku (CoC) bagi penyewaan premis runcit yang baru dibangunkan.



Jawatankuasa itu akan diwakili oleh masyarakat penyewa dan pemilik tanah di samping wakil bebas lain, kata Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dalam kenyataannya semalam.



Menjelaskan tentang peranan FTIC, SBF berkata sekiranya terdapat penyewa tanah atau penyewa yang tidak mematuhi kod tatalaku itu ketika rundingan penyewaan, hal tersebut boleh diketengahkan kepada FTIC.



"FTIC akan menyediakan nasihat mengenai CoC serta menjejaki contoh tidak pematuhan.



"Bagi kes pertikaian berindividu, kededua penyewa tanah dan penyewa juga mempunyai akses kepada mekanisme huraian pertikaian melalui Pusat Pengantaraan Singapura (SMC)," terang kenyataan SBF.



SBF akan menjadi hos dan menyediakan sokongan sekretariat kepada FTIC dan bekerjasama dengan persatuan dagangan dan dewan perniagaan lain untuk mendidik anggota industri mengenai kod tatalaku baru itu.



Para anggota Jawatankuasa Industri Rangka kerja Penyewaan Adil (FTFIC) menyambut baik penubuhan FTIC yang diterajui industri itu.



Jawatankuasa itu diwakili oleh Jawatankuasa SME SBF (SBF SMEC), Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana (ASME), Persatuan Restoran Singapura (RAS), Persatuan Peruncit Singapura (SRA) dan Kesatuan Penyewa Singapura Bagi Keadilan (SGTUFF).



"Kami ghairah untuk bekerjasama dengan wakil penyewa tanah dan pemerintah bagi memastikan kod tatalaku ini terus relevan dalam mengalak sistem eko runcit yang adil, rancak dan dinamik di Singapura," kata FTIC dalam satu kenyataannya.



Sementara itu, mengulas tentang penghasilan kod tatalaku baru itu, FTFIC - yang mewakili masyarakat penyewa dalam rundingannya - berkata ia adalah langkah signifikan dalam mengatasi isu utama yang dihadapi oleh penyewa hari ini, lebih-lebih lagi ketika pandemik.



"Dengan pemerintah dijangkakan menggubalkan kod tatalaku ini dijadikan wajib untuk pihak-pihak di premis runcit yang layak, kami percaya semua penyewa dan pemilik tanah kini boleh bekerjasama sebagai rakan simbiotik bagi mengembalikan semula status Singapura sebagai destinasi beli-belah dan sajian di dunia."



Dalam kenyataan bersama oleh Persatuan Pemaju Hartanah Singapura (Redas) dan Persatuan Reit Singapura (REITAS), yang mewakili masyarakat pemilik tanah, ia berkata kod tatalaku itu akan perkukuhkan industri runcit sedang krisis ini berpanjangan.




"Kami ghairah untuk bekerjasama dengan wakil penyewa tanah dan pemerintah bagi memastikan kod tatalaku ini terus relevan dalam mengalak sistem eko runcit yang adil, rancak dan dinamik di Singapura."
- Jawatankuasa Industri Penyewaan Adil (FTIC) dalam satu kenyataan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >