Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa kecil bidang pertumbuhan mahu dapatkan pandangan meluas

Feb 04, 2016 | 09:42 AM



KUMPULAN kecil industri dan pasaran pertumbuhan Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan berkata ia akan mendapatkan pandangan secara meluas tentang cara sektor berbeza boleh bekerjasama untuk bersaing di peringkat global.


"Skop kerja luas, dan kami akan mendapatkan pandangan secara meluas. Kami juga menjemput rakyat Singapura, ahli akademik, syarikat dan persatuan dan dewan berkongsi idea dan pemikiran mereka dengan kami," kata Encik S. Iswaran, Menteri Perdagangan dan Industri (Industri), yang juga pengerusi bersama jawatankuasa kecil itu, yang menhadakan pertemuan pertamanya pada Rabu (3 Feb).


Pasukan itu, yang terdiri daripada eksekutif daripada syarikat seperti Rolls Royce dan pakar pengeluar Fischer Tech, juga akan mengkaji kesan teknologi terkini dan model perniagaan baru, dan melakar strategi untuk syarikat berpangkalan di Singapura merebut peluang di luar negara.


"Jawatankuasa kecil ini bermatlamat mengenal pasti industri dan pasaran pertumbuhan masa depan yang menawarkan peluang baik dengan memanfaatkan kekuatan Singapura, adanya daripadanya dengan memanfaatkan apa yang kita telah bangunkan lebih 50 tahun lalu sementara yang lain memerlukan keupayaan dan kemahiran baru untuk kelebihan daya saing mampan," kata Encik Iswaran dalam satu kenyataan.


Ahli jawatankuasa itu berkata salah satu kelebihan utama Singapura ialah keupayaan memudahkan kerjasama rentas industri berbeza, dan perkongsian antara pemerintah dan industri untuk mewujudkan peluang bagi pertumbuhan.


Mesyuarat itu juga membincangkan potensi Singapura berkhidmat sebagai tapak percubaan bagi membangunkan penyelesaian untuk masalah global dan keperluan membangunkan minda keusahawanan.


Sepanjang beberapa bulan akan datang, Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan akan bertemu dan melibatkan pihak berkepentingan daripada seluruh masyarakat perniagaan, serta rakyat Singapura, tua dan muda, untuk mendapatkan lebih banyak pandangan dan idea, katanya.


Jawatankuasa ini akan mengemukakan laporannya pada akhir tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >