Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa latihan kelompok perkhidmatan awam dibentuk

Aug 30, 2019 | 09:20 PM



GABUNGAN Kesatuan-Kesatuan Pekerja Awam (AUPE), Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) dan Kolej Perkhidmatan Awam (CSC) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) untuk membentuk Jawatankuasa Latihan Kelompok Perkhidmatan Awam (PS CTC) pada Jumaat (30 Ogos).



Langkah itu diambil untuk menggalak tenaga kerja perkhidmatan awam untuk memanfaatkan sepenuhnya usaha menaik taraf kemahiran mereka, selain membantu mengasah kemahiran masing-masing.



Usaha itu lantas mempersiapkan mereka bagi pekerjaan dan persekitaran operasi baru pada masa depan.

PS CTC bertujuan mencapai penyelarasan dan tindakan antara agensi awam dengan kesatuan untuk menyokong transformasi tenaga kerja dengan berkesan.



Ia akan meninjau keperluan perkhidmatan awam demi membuat jangkaan berkaitan pekerjaan pada masa hadapan; jurang antara keperluan pekerjaan dengan kemahiran pekerja sedia ada; dan mengenal pasti pekerjaan yang perlu direka suai semula.



Ia juga akan mencadangkan rancangan latihan buat kakitangan awam supaya mereka boleh terus bekerja secara produktif.



PS CTC turut akan mencadangkan strategi membantu pegawai supaya mempelajari kemahiran baru, seperti pengetahuan digital, pemikiran reka bentuk dan pemikiran sistem.



Panel itu bakal dipengerusikan bersama oleh Cik Teoh Zsin Woon, Timbalan Setiausaha (Transformasi), PSD; Encik Sanjeev Kumar Tiwari, Setiausaha Agung AUPE; Cik Ong Toon Hui, Dekan dan Ketua Pegawai Eksekutif, CSC; dan beberapa wakil PSD, AUPE dan NTUC sebagai ahli.



MOU semalam ditandatangani Encik Sanjeev Kumar Tiwari, Setiausaha Tetap PSD; Encik Loh Khum Yean; dan Cik Ong Toon Hui di majlis makan malam ulang tahun AUPE ke-60. 



Presiden Halimah Yacob dan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, menyaksikan acara tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >