Jawatankuasa NUS saran hukuman lebih berat bagi salah laku seksual
Jawatankuasa saran tempoh penggantungan minimum satu tahun kalendar dari universiti, dan dibuang sekolah bagi kesalahan lebih teruk
May 16, 2019 | 05:30 AM
JAWATANKUASA yang ditubuhkan untuk menyemak bagaimana Universiti Nasional Singapura (NUS) menguruskan salah laku seksual telah menyarankan hukuman lebih berat terhadap pesalah.
Dalam satu e-mel yang dihantar kepada para pelajar dan kakitangan semalam, Cik Kay Kuok yang mempengerusikan jawatankuasa itu menyarankan tempoh penggantungan minimum satu tahun kalendar dari universiti, dan dibuang sekolah bagi kesalahan lebih teruk.