Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa pakar vaksin S'pura tetap sarankan Pfizer, Moderna

Jun 09, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH jawatankuasa pakar vaksinasi Covid-19 berkata ia masih yakin dengan keberkesanan vaksin berasaskan mRNA Pfizer-BioNTech dan Moderna yang digunakan di Singapura.



Jawatankuasa itu berkata ia sedar terdapat mesej yang disebarkan di media sosial yang mendakwa vaksin berdasarkan mRNA tidak berkesan terhadap varian baru yang menjadi keprihatinan, dan bahawa vaksin yang menggunakan virus tidak aktif akan memberikan perlindungan lebih baik.



Suntikan Sinovac yang dihasilkan China ialah salah satu contoh vaksin yang menggunakan virus tidak aktif.



"Penilaian kami, berdasarkan semakan berterusan terhadap data dan bukti, kekal bahawa vaksin mRNA selamat dan sangat berkesan, dan terus menunjukkan perlindungan terhadap varian yang menjadi keprihatinan.



"Vaksin virus Covid-19 yang tidak aktif mempunyai tahap perlindungan yang berbeza dan saat ini tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa vaksin virus yang tidak aktif menunjukkan keberkesanan vaksin lebih tinggi terhadap varian yang menjadi keprihatinan berbanding vaksin mRNA," menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan kelmarin.



Varian Covid-19 yang menjadi keprihatinan termasuk varian B16172 atau "delta" yang lebih mudah dijangkiti dan memainkan peranan dalam penularan di Singapura sekarang.



Jawatankuasa pakar itu berkata vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna mRNA, yang buat masa ini merupakan hanya dua vaksin yang disediakan di bawah program vaksinasi nasional Singapura, secara konsisten terbukti sangat berkesan, dengan kadar keberkesanan sekitar 90 peratus.



Dua vaksin itu sangat berkesan dalam melindungi individu daripada penyakit Covid-19 yang teruk, dan mencegah daripada dimasukkan ke hospital, kata jawatankuasa itu.



"Ini kali pertama ditunjukkan dalam ujian klinikal Tahap 3 yang sangat penting, dan selanjutnya disokong dengan data daripada pelancaran dunia nyata, termasuk di Amerika Syarikat, Britain dan Israel.



"Ini termasuk perlindungan terhadap varian utama yang menjadi perhatian, seperti varian alpha dan beta, yang merupakan jenis utama yang menular di negara-negara ini," kata jawatankuasa itu.



Tambahnya, meskipun terdapat kebimbangan mengenai varian delta, data baru menunjukkan bahawa vaksin mRNA terus berkesan.



Ia memetik sebuah kajian di Britain yang menunjukkan bahawa dua dos vaksin mRNA Pfizer-BioNTech memberikan sekitar 88 peratus perlindungan terhadap Covid-19 simptomatik, termasuk varian delta.



"Walaupun kajian lebih lanjut diperlukan sebelum kesimpulan yang pasti dapat dilakukan, data yang tersedia di seluruh dunia menunjukkan bahawa perlindungan besar tetap dikekalkan," kata jawatankuasa itu.




PELBAGAI JENIS VAKSIN



Vaksin mRNA



- Menyuntik 'messenger asid ribonukleik' (mRNA), iaitu sebahagian kecil bahan genetik virus dan bukan keseluruhan virus, ke dalam badan manusia untuk merangsang tindak balas imun



- Contoh: Pfizer-BioNTech, Moderna



Vaksin virus tidak aktif



- Menggunakan virus tidak aktif untuk merangsang tindak balas imun dalam tubuh



- Contoh: Sinovac, Sinopharm



Vaksin vektor virus



- Menggunakan virus lain yang sudah diubah secara genetik



- Contoh: AstraZeneca



Sumber: AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >