Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa Parlimen saran Pemerintah alih kepada model siap hadapi gangguan

Jan 27, 2022 | 05:30 AM



JAWATANKUASA Parlimen yang memantau akaun sektor awam menyarankan kemungkinan agar pemerintah beralih daripada model operasi "tepat pada masa" kepada model persiapan menghadapi gangguan, memandangkan kesan kegenjotan terhadap rantaian bekalan global yang timbul daripada wabak Covid-19.



Kesan sektor awam mengguna aturan kerja hibrid juga menjadi keprihatinan Jawatankuasa Jawatankuasa Akaun Negara(PAC), yang terdiri daripada lapan Anggota Parlimen.



Pemerhatian ini dikeluarkan dalam satu laporan semalam bersama dengan maklum balas daripada agensi kerajaan yang berkaitan.



Isu-isu luas lain yang dibincangkan PAC, termasuk keperluan menilai semula perbelanjaan garis dasar sedang Singapura bergerak untuk menjadi sebuah negara yang "berdaya tahan Covid", serta keperluan mengadakan rangka kerja tadbir urus yang betul bagi Pelan Hijau Singapura, sebuah gerakan nasional untuk pembangunan mampan.



Jawatankuasa itu berkata ia bimbang tentang bagaimana gangguan kepada rantaian bekalan global akan memberi kesan kepada kos bagi pemerintah.



"Selain daripada kebimbangan rantaian bekalan, risiko dan kelemahan inflasi baru yang lain akan menjejaskan perbelanjaan pemerintah dan mungkin memerlukan pelarasan kepada proses tadbir urus kewangan dan kawalan dalaman," tambah PAC.



Memberikan respons Kementerian Kewangan (MOF) menukil empat strategi yang sedia ada: membina penampan sumber kewangan yang kukuh, mempelbagaikan sumber bekalan, mempertimbangkan penubuhan sumber pengeluaran tempatan yang berdaya maju secara komersial untuk bekalan tertentu, dan menimbun bekalan penting.



Kementerian itu berkata sebagai contoh, ia menggalakkan agensi menggunakan gabungan langkah pengawalseliaan fiskal dan bukan fiskal untuk meningkatkan daya tahan sambil meneroka sama ada kos boleh dikongsi dengan pihak berkepentingan lain.



MOF berkata, apabila menentukur tahap perbelanjaan pemerintah, ia akan mempertimbangkan kesan inflasi dan juga kesan makroekonomi daripada perbelanjaan pemerintah itu sendiri.



Kementerian juga bekerjasama dengan agensi untuk memastikan perancangan ke hadapan, kepelbagaian bekalan, dan pembangunan pelan kontingensi.



Apabila bercakap tentang barangan keperluan dan bekalan perindustrian, pemerintah mungkin akan memainkan peranan yang lebih langsung untuk memastikan daya tahan bekalan makanan kerana pasaran secara semula jadi tidak akan menyediakan tahap daya tahan yang mencukupi, kata MOF.



Sebaliknya, gangguan rantaian bekalan perindustrian adalah risiko komersial yang harus ditangani terutamanya oleh syarikat, dengan penglibatan pemerintah yang terhad, jika ada.



Satu lagi bidang yang dibimbangkan PAC ialah risiko dan impak ke atas tadbir urus, kawalan, pengawasan dan akauntabiliti dengan pengamalan lebih besar aturan kerja dari rumah dan hibrid dalam sektor awam.



Sehubungan itu, Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) berkata walaupun ia beralih kepada tetapan kerja hibrid di mana telekomunikasi menjadi ciri kekal, ia telah melaksanakan langkah untuk memastikan rakyat dan perniagaan dapat terus mengakses perkhidmatan dengan lancar, dan standard perkhidmatan untuk memastikan maklum balas disemak tepat pada masanya.



PSD akan membangunkan satu set prinsip yang menyatakan bahawa kerja hibrid bukanlah hak.



Keperluan pekerjaan diutamakan dan peruntukan kerja hibrid boleh diubah bergantung pada kesediaan tenaga kerja - contohnya, pekerja baru mungkin tidak dapat bekerja dari rumah pada mulanya.



PSD menambah berkata pegawai perkhidmatan awam juga mungkin dilatih semula untuk mengurangkan sebarang gangguan kepada pekerjaan mereka akibat pengaturan kerja hibrid.



Pembantu peribadi, misalnya boleh mengambil peranan tambahan dalam penyelarasan, atau pengetahuan atau pengurusan acara, manakala kakitangan kaunter boleh menguruskan sembang langsung atau melayan rakyat melalui persidangan video.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >