Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa Parlimen syor Pritam disiasat lanjut, Raeesah didenda $35,000 atas pembohongan di Parlimen

Feb 10, 2022 | 05:03 PM



SATU jawatankuasa Parlimen telah mengesyorkan agar Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi siasatan lanjut dengan bekas Ahli Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan, pula didenda sejumlah $35,000 kerana penglibatan mereka dalam pembohongan yang diutarakan  Cik Raeesah di Parlimen pada Ogos dan Oktober tahun lalu.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan  Khamis (10 Feb) berikutan beberapa siri perbicaraan yang diadakan  Disember tahun lalu, Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) menyatakan rujukan Encik Pritam itu adalah dengan tujuan untuk menimbangkan sama ada prosiding jenayah patut dimulakan berhubung kelakuannya di hadapan lapan anggota panel  jawatankuasa itu.





Jawatankuasa itu dipengerusikan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, dan  enam lagi AP Parti Tindakan Rakyat (AP) dan AP Hougang, Encik Dennis Tan, dari WP.

Jawatankuasa itu juga mengesyorkan agar Cik Raeesah didenda $25,000 kerana menyatakan perkara tidak benar di Parlimen pada 3 Ogos, apabila beliau  mendakwa telah menemani seorang mangsa serangan seksual ke balai polis di mana pegawai polis  didakwa mengendalikan perkara itu secara tidak sensitif dan menyebabkan mangsa menangis.

Cik Raeesah mengulangi pembohongan itu pada 4 Oktober – dengan jawatankuasa itu mengesyorkan denda tambahan sebanyak $10,000.





Pada  November lalu, Cik Raeesah mengaku di Parlimen bahawa beliau  sebenarnya telah mendengar kisah itu  dalam satu kumpulan sokongan yang beliau  sertai, dan telah berkongsinya tanpa persetujuan mangsa.

Cik Raeesah, 29 tahun, meletak jawatan sebagai anggota  WP dan AP GRC Sengkang pada 30 November, hanya 15 bulan selepas mengangkat sumpah sebagai AP termuda Singapura selepas pilihan raya umum 2020.

Jawatankuasa itu selanjutnya mengesyorkan agar naib pengerusi WP, Encik Faisal Manap, AP  GRC Aljunied, juga dirujuk  kepada pihak pendakwa raya bagi  siasatan lanjut, iaitu keengganannya menjawab soalan ‘yang berkaitan’ yang dikemukakan jawatankuasa itu, dan juga untuk menimbangkan sama ada prosiding jenayah harus dimulakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >