Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya Dibentuk: Apa maksudnya dan bilakah GE Singapura akan berlangsung?

Sep 05, 2019 | 07:14 AM



DENGAN penubuhan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC), masanya sudah tiba, untuk bersiap sedia bagi Pilihan Raya Umum (GE) yang akan datang. 



Jawatankuasa ini merupakan langkah pertama dalam Pilihan Raya yang ditugaskan untuk mengkaji semula sempadan dan kawasan undi pilihan raya.



Oleh kerana ia bukan suatu keperluan untuk Perdana Menteri mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu, Ahli Parlimen - terutamanya Ahli Parlimen parti-parti pembangkang - telah memfailkan soalanan di parlimen mengenainya.



Sebagai contoh, baru-baru ini pada Julai, Ketua Parti Pekerja, Encik Pritam Singh, bertanya kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenai pertubuhan jawatankuasa itu.



Namun, Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Encik Chan Chun Sing, menjawab bagi pihak PM Lee, berkata jawatankuasa itu belum dilantik.



Tetapi terdapat tanda-tanda bahawa pertubuhan jawatankuasa itu sedang dalam perjalanan.



Pertama, daftar pengundi disahkan pada bulan April. Ini biasanya berlaku sebelum jawatankuasa ditubuhkan untuk memastikan jumlah bilangan penduduk berdasarkan kawasan undi semasa.



Kedua, perubahan bagi kawasan undi pada Mac. Ini dilakukan untuk memastikan kawasan-kawasan undi tidak mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit pengundi.



Berdasarkan tiga Pilihan Raya 2006, 2011 dan 2015, yang diumumkan PM Lee, Pilihan Raya Umum akan berlangsung selepas dua hingga tujuh bulan dari masa pertubuhan jawatankuasa itu.



Berikut adalah beberapa fakta penting mengenai jawatankuasa dan apa yang akan berlaku seterusnya:



1. Apakah Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya?



Tugas jawatankuasa itu adalah untuk mengkaji sempadan kawasan pilihan raya semasa dan ia akan mencadangkan jumlah bilangan Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) dan Kawasan Undi Perwakilan Perseorangan (SMC), berdasarkan perubahan dalam jumlah penduduk di suatu kawasan undi itu.



Jawatankuasa itu juga merupakan jawatankuasa ad hoc yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk mengumumkan laporannya.



Kemudian, Laporan jawatankuasa itu akan diberi kepada Parlimen, yang akan memutuskan sama ada untuk menerima batasan kawasan undi baru.



2. Siapa yang bertugas dalam jawatankuasa itu?



Jawatankuasa itu akan dipengerusi oleh Setiausaha kepada Perdana Menteri yang biasanya terdiri daripada lima pegawai negeri yang mahir dalam perancangan bandar dan statistik demografi.



Sebelum ini, anggota EBRC ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA), serta ketua statistik dari Jabatan Statistik Singapura dan ketua Jabatan Pilihan Raya (ELD).



Kini, mereka yang bertugas dalam jawatan ini ialah: Encik Tan Kee Yong, Setiausaha Perdana Menteri; Dr Cheong Koon Hean, Ketua Pegawai Eksekutif HDB; Encik Tan Boon Khai, Ketua Pegawai Eksekutif SLA; Cik Wong Wee Kim, ketua statistik; dan Encik Koh Siong Ling, ketua ELD.



3. Mengapakah pertubuhan jawatankuasa ini penting?



Pertubuhannya merupakan petanda jelas bahawa pilihan raya umum sudah dekat.



Sebenarnya, ia juga menentukan peta medan tempur yang definitif, untuk kempen Pilihan Raya yang akan datang.



4. Bilakah jawatankuasa harus menyelesaikan tugasnya?



Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya tidak diberi tarikh akhir untuk menyelesaikan tugasnya, tetapi pasukan-pasukan EBRC lalu mengambil masa tiga minggu hingga tujuh bulan untuk mengeluarkan laporan mereka.



Secara bersejarah, Pilihan Raya Umum akan berlangsung dalam masa beberapa minggu setelah pengeluaran laporan itu. Namun, di bawah pimpinan PM Lee, tempoh masa itu adalah antara dua hingga tiga bulan.



5. Apa yang akan berlaku seterusnya?



Presiden Singapura akan mengumumkan pembubaran Parlimen atas nasihat Perdana Menteri, dan mengeluarkan Writ Pilihat Raya.



Seterusnya adalah Hari Penamaan Calon, apabila parti-parti politik akan melantik calon Pilihan Raya mereka. Ini mesti berlangsung tidak lebih awal daripada lima hari dan tidak lewat daripada satu bulan selepas writ dikeluarkan. Ia selalunya berlangsung selama satu minggu.



Hari Penamaan Calon menandakan permulaan tempoh kempen Pilihan Raya, yang mungkin akan berlangsung selama sembilan hingga 55 hari di bawah undang-undang negara. Tetapi ia biasanya dipastikan berlangsung selama 9 atau 10 hari.



Hari setelah kempen Pilihan Raya selesai, adalah Hari Bertenang. Ini bermakna parti-parti politik tidak boleh mengadakan sebarang kempen, namun, terdapat beberapa pengecualian.



Setelah itu adalah Hari Mengundi apabila rakyat harus membuang undi mereka. Ia biasanya berlaku pada hari Sabtu dan merupakan cuti umum.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >