Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Jawatankuasa tiga pihak dibentuk untuk semak rangka kerja keadilan bagi tempat kerja di S'pura

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH jawatankuasa tiga pihak telah dibentuk untuk menyemak rangka kerja keadilan bagi tempat kerja di Singapura.



Hasil kerjasama rakan kongsi tiga pihak, Jawatankuasa Tiga Pihak tentang Kesaksamaan Tempat Kerja (TCWF) akan mengkaji pilihan dasar untuk memperkukuh usaha menangani diskriminasi di samping menegakkan keadilan di tempat kerja.



Ini termasuk mengenal pasti jika perlindungan perundangan perlu diambil, dan jika perlu, apakah bidang yang sesuai.



Demikian umum Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, ketika berucap di akhir sidang Parlimen semalam.



"Kami berhasrat untuk memperkukuhkan lagi langkah-langkah kami dalam menangani diskriminasi di tempat kerja.



"Justeru, saya akan menubuhkan Jawatankuasa Tiga Pihak untuk meninjau jika perundangan adalah pilihan dasar terbaik untuk mempertingkatkan lagi usaha yang telah kita lakukan," kata Dr Tan.



Dr Tan, yang juga Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, akan mempengerusikan bersama jawatankuasa tersebut dengan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, dan presiden Persekutuan Majikan Nasional Singapura (SNEF), Dr Robert Yap.



Anggotanya terdiri dari para majikan, kesatuan, masyarakat sumber manusia serta wakil kanan pemerintah.



Dalam kenyataannya, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata TCWF akan terus "berunding dengan pihak berkepentingan, termasuk kesatuan pekerja dan majikan, serta terlibat secara meluas untuk mendapatkan gambaran pandangan yang baik dari masyarakat".



Dianggarkan TCWF akan menyelesaikan usahanya pada separuh pertama 2022.



"Wakil pemerintah, kesatuan dan majikan akan mempertimbangkan secara menyeluruh jika perundangan harus dilaksanakan, dengan mempertimbangkan kesan yang mungkin berlaku.



"Jawatankuasa ini harus mencapai keputusan tentang pendekatan yang terbaik demi kepentingan para pekerja dan Singapura," kata Dr Tan sebagai respons kepada saranan Anggota Parlimen untuk Mengukuhkan Teras Singapura.



Penolong setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Patrick Tay menarik perhatian terhadap kegelisahan yang dihadapi golongan PME terhadap peningkatan saingan dalam mendapatkan pekerjaan, dan berpendapat bahawa "langkah lebih lanjut harus diambil untuk memperkukuh teras Singapura dengan bersikap adil bagi golongan PME Singapura kami".



Beliau memberi cadangan untuk meningkatkan amalan pengambilan pekerja yang adil, meningkatkan proses semakan aplikasi Pas Pekerja selain memastikan penduduk tempatan mempunyai akses yang adil terhadap pekerjaan PME dan peluang kemajuan dalam pekerjaan.



Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh), pula menegaskan bahawa pemerintah perlu tegas dalam menangani segala jenis diskriminasi di tempat kerja.



Beliau telah mencadangkan agar undang-undang antidiskriminasi dipertingkatkan, menetapkan sasaran bagi menjadikan tenaga kerja di sini 'lebih setempat' dan menetapkan lebih banyak sumber dan kuasa kepada Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pengambilan Kerja Adil dan Progresif (Tafep).



Encik Saktiandi berkata: "Dengan persaingan buruh global dan keadaan ekonomi semasa yang mungkin akan terus kekal bergerak ke hadapan, Singapura perlu memperkukuhkan lagi langkah-langkah kita, mencontohi undang-undang mengenai amalan pekerjaan dan pengambilan pekerja yang adil dari negara lain, dan memandang kepada undang-undang antidiskriminasi untuk melindungi pekerja Singapura dan tenaga kerja masa depan kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >