Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jaya bebas dadah sepanjang 13 tahun

May 20, 2018 | 05:30 AM



ENCIK Mohamad Riduan Ishak telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah selama 10 tahun, telah dipenjara lapan setengah tahun dan disebat tiga kali.



Tapi beliau mula bebas dadah sejak 13 tahun lalu dan sejak itu, beliau telah mula membina kehidupan, termasuk menyertai kerja-kerja sukarela.



Semalam, beliau dan beberapa sukarelawan lain sama-sama terlibat dalam kempen menyebarkan mesej Dadah Itu Haram yang berlangsung di Masjid Khalid, kelmarin.



Acara tersebut juga menandakan pelancaran Date Your Loved Ones Today (Dampingi Orang Yang Anda Kasihi Hari Ini) yang bertujuan mengingatkan keluarga untuk menghabiskan masa bersama orang tersayang, terutamanya golongan muda, semasa Ramadan.



"Apa yang saya lalui sememangnya memberi pengajaran buat saya.



"Tapi kini alhamdullilah, saya rasa syukur bebas dadah dan dapat mainkan peranan menyebarkan mesej ini kepada orang ramai, termasuk golongan muda," katanya yang sudah berumah tangga tapi belum dikurniakan anak.



Pengagihan kurma itu turut disertai Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan) Encik Amrin Amin; anggota jawatankuasa pengurusan di Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM), Dr Mariam Aljunied; dan pengerusi Masjid Khalid, Haji Alla'udin Mohamed.



Semasa ditemui, Dr Mariam berkata Ramadan menawarkan waktu-waktu syahdu seperti berbuka dan bersahur, justeru beliau mengajak orang ramai agar mengambil kesempatan meluang masa itu untuk bersama insan yang tersayang.



"Ikatan keluarga yang kuat boleh menjadi perisai yang melindungi remaja bermasalah, dan mereka yang terlibat dalam kancah dadah atau jenayah," katanya.



Haji Alla'udin pula berkata kempen sedemikian merupakan lanjutan kepada sokongan yang diberi pihaknya kepada kelas-kelas agama mingguan yang diadakan di masjid tersebut bagi bekas pesalah, termasuk mereka yang pernah menyalahgunakan dadah.



"Ini merupakan pendekatan kecil kami sempena Ramadan yang penuh berkah.



"Mudah-mudahan, mesej antidadah ini sampai kepada orang ramai," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >