Mengamalkan gaya hidup sihat adalah penting demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan. Walaupun ia mungkin mencabar bagi sesetengah individu menukar gaya hidup mereka, ia tidak menghambat semangat Encik Mubarak Abdullah Bahashwan dan Cik Khiriah Yasir yang mahu hidup lebih sihat. Encik Mubarak memutuskan berhenti merokok selepas lebih tiga dekad, manakala Cik Khiriah pula kini aktif melakukan senaman dan mengamalkan pemakanan sihat. Berikut Berita Harian melaporkan kisah mereka. Laporan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg).
SEJAK remaja lagi, Encik Mubarak Abdullah Bahashwan sudah merokok.