Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jayakumar dianugerah penghormatan awam tertinggi

Apr 05, 2021 | 05:30 AM



MANTAN Menteri Kanan, yang merupakan penasihat undang-undang kanan kepada menteri hal ehwal luar, Profesor S. Jayakumar, telah dianugerahkan penghormatan orang awam tertinggi Singapura, Darjah Utama Temasek (Dengan Kepujian Tinggi), atas sumbangannya yang berterusan dan tidak ternilai kepada Singapura.



Beliau telah menerima anugerah itu daripada Presiden Halimah Yacob (gambar atas) dalam majlis Anugerah Hari Kebangsaan yang diadakan di Insitut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central, semalam.



Dalam kata-kata penghargaan buat Encik Jayakumar yang telah bertugas dalam kabinet di bawah ketiga-tiga perdana menteri Singapura, ia telah menarik perhatian terhadap ciri-ciri unik yang beliau miliki dalam kalangan penjawat kanan.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam pos Facebooknya menyatakan Encik Jayakumar telah mengabdikan kehidupannya dalam perkhidmatan awam.



"Beliau berkhidmat sebagai diplomat dan memegang banyak portfolio Kabinet, termasuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kanan, dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara. Beliau juga memainkan (dan masih memainkan) peranan penting untuk melindungi kepentingan nasional kita dalam isu-isu dua hala yang penting dan sensitif, seperti pertikaian Pedra Branca."



Encik Jayakumar juga telah mengusahakan penyelesaian pertikaian dengan Malaysia berhubung Pedra Branca selama 40 tahun, yang membawa kepada kejayaan kes di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2007, dan keputusan Malaysia menarik balik permohonannya yang dibuat sedekad kemudian untuk menyemak dan mentafsirkan semula Penghakiman asal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >