Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jayakumar tidak terkejut M'sia tarik balik permohonan Pedra Branca

May 31, 2018 | 04:38 PM



MANTAN timbalan perdana menteri S.Jayakumar berkata beliau tidak terkejut pemerintah baru Malaysia telah menarik balik permohonan mereka ke atas Pedra Branca, kerana kededua kes tersebut mempunyai “asas undang-undang yang amat lemah.” 



Malah, beliau terkejut apabila bekas pemerintah Malaysia mengungkit dua kes tersebut, kata Profesor Jayakumar dalam kenyataannya semalam. 



Malaysia telah memfailkan permohonan pada 2 Februari 2017 untuk menyemak penghakiman 2008 oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberikan kedaulatan Pedra Branca ke Singapura. 



Pada 30 Jun, Malaysia membuat permohonan kedua untuk meminta ICJ mentafsirkan penghakiman yang sama.



ICJ akan melepaskan kededua kes itu dari senarainya, selepas Malaysia memberitahunya Isnin lalu bahawa ia tidak akan meneruskan prosiding yang telah dimulakan sebelum itu, dan Singapura bersetuju. 



“Kaunsel luar negara kami, dan juga kami dalam pasukan Singapura, berasa bahawa kes Malaysia mempunyai asas undang-undang yang amat lemah,” kata Profesor Jayakumar, yang telah memimpin pasukan Pedra Branca Singapura. 



“Kami yakin dengan kes perundangan kami pada kededua permohonan. Untuk itu, saya tidak terkejut apabila pemerintah Malaysia baru mengusulkan supaya kededua kes ini tidak diteruskan. Ini telah menghentikan perkara tersebut dengan baik.” 



Pulau kecil Pedra Branca- yang juga dikenali sebagai Pulau Batu Puteh- merupakan kawasan di mana Rumah Api Horsburgh terbina, dan ia terletak sekitar 40 kilometer dari pulau utama Singapura. 



Profesor Jayakumar merupakan salah seorang daripada tiga individu utama yang telah memimpin pasukan yang memperjuangkan kes tersebut di ICJ pada 2007. 



Dua yang lain termasuk Profesor Tommy Koh, dan mantan Ketua Hakim Chan Sek Keong. 



Ketiga-tiga mereka dan Setiausaha Agung Lucien Wong memimpin pasukan perundangan untuk bersiap sedia bagi kes terkini, yang pada mulanya dijadualkan untuk didengarkan di mahkamah dalam tempoh lapan hari dari 11 hingga 22 Jun di Peace Palace in The Hague, di Netherlands. 



Profesor Jayakumar berkata bahawa semua anggota pasukan itu bersedia untuk memperjuangkan kes tersebut di ICJ. 



“Beberapa anggota pasukan agak kecewa kes tersebut tidak akan didengarkan di mahkamah,” katanya. 



“Mereka telah bekerja keras dan tidak sabar menantikan masa untuk memperjuangkan kes tersebut di hadapan hakim ICJ.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >