Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

JB setuju semak semula reka bentuk jambatan rel baru S'pura-Johor

Nov 18, 2017 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor bersetuju dengan cadangan disemak semula bagi jambatan yang ditinggikan bagi rel baru yang menghubungkan Johor Bahru dengan Woodlands di Singapura.



Demikian menurut penguasa pengangkutan Malaysia dalam satu kenyataan semalam.



Rancangan awalnya adalah membina jambatan melengkung bagi Sistem Rel Pantas (RTS) melintasi Selat Johor.



Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersetuju dengan laluan yang disemak semula seperti yang dicadangkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selepas mesyuarat Rabu lalu.



Sultan Ibrahim, pada Ogos lalu, berkata idea jambatan melengkung tidak praktikal, tidak bertahan dan mungkin menelan belanja tinggi.



Sultan Johor itu bersetuju dengan pilihan membina jambatan di ketinggian 25 meter yang melintas Selat Johor secara lurus sementara mematuhi garis pandu teknikal Jabatan Marin bagi pelepasan draf udara minimum setinggi 25 meter, kata SPAD dalam kenyataan itu.



Sultan Johor juga menekankan pentingnya memastikan penyebaran trafik mencukupi di kawasan stesen RTS Bukit Chagar, dan SPAD akan bertindak ke atasnya.



RTS akan menghubungkan Bukit Chagar di Johor Baru dengan stesen MRT Woodlands North yang dirancang, yang merupakan sebahagian Laluan Thomson-East Coast (TEL) yang bakal disiapkan.



Laluan MRT TEL akan dibuka secara bertahap-tahap dari 2019 hingga 2024.



Singapura dan Malaysia bersetuju sama-sama melantik sebuah syarikat operasi bagi menjalankan dan menyelenggara sistem operasi laluan sempadan, dengan SMRT Corp dan Prasarana Malaysia diundang menjadi sebahagian usaha itu.



Ogos lalu, Sultan Ibrahim memberitahu akhbar New Straits Times dalam satu wawancara bahawa sementara beliau mengalu-alukan RTS, beliau tidak bersetuju dengan cadangan asal reka bentuk lengkung jambatan itu, serta pembinaan 30 meter di atas air di tengah-tengah Selat Johor.



Beliau berkata reka bentuk sedemikian akan menjejas pemandangan latar bandar JB.



RTS, yang diumumkan tujuh tahun lalu, dijangka boleh menampung sehingga 10,000 penumpang sejam dalam setiap hala antara kedua-dua stesen terminal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >