Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JC beri masa fikir bidang yang mahu diceburi

Semalam hari terakhir bagi lulusan GCE peringkat 'O' memilih laluan pendidikan mereka seterusnya. Bagi yang layak, memilih antara maktab rendah dengan politeknik mungkin satu keputusan sukar. NUR FADHILAH SALLEH (nfsalleh@sph.com.sg) memapar dua pelajar yang memilih laluan berbeza itu tetapi akhirnya berjaya memasuki universiti, berkat kerja keras dan walaupun aktif dalam kegiatan luar darjah.
Jan 17, 2015 | 05:30 AM



WALAUPUN telah lama berminat mengenai angkasa lepas, Encik Noor Hisyamuddin Noordin tidak pasti bidang pengajian atau kerjaya yang ingin dipilihnya selepas peperiksaan GCE peringkat ‘O’.


Oleh itu, beliau memilih memasuki Maktab Rendah Tampines (TPJC) daripada politeknik, dan mengikuti aliran Sains.


Dari situ beliau berjaya memasuki Universiti Nasional Singapura (NUS).


“Bagi saya dalam masa dua tahun itu, saya dapat fikirkan langkah seterusnya,” ujar mahasiswa kejuruteraan mekanikal tahun ketiga itu.


Namun, beliau mendapati masa di maktab rendah sungguh pendek sedangkan terdapat pelbagai kegiatan yang ingin disertainya.


“Pada awalnya, saya tidak mengatur jadual saya dengan baik namun lama-kelamaan, saya dapat sesuaikan diri dan mengimbangi kehidupan pelajar saya,” kata Encik Noor Hisyamuddin, 24 tahun.


Di TPJC, beliau menyertai Persatuan Kebudayaan Melayu dan pasukan sofbol.


“Bagi saya, pengalaman di TPJC melatih saya mengatasi tekanan dan mengatur jadual dengan lebih baik. Tambahan pula, mata pelajaran Kerja Projek melatih kami membuat penyampaian baik dan mengajar peri penting kerja berkumpulan,” ujarnya.


Di NUS, Encik Noor Hisyamuddin memilih program elektif dalam mereka bentuk satelit kerana minatnya pada angkasa lepas dan kejuruteraan.


Program bekerja sambil belajar selama tiga bulan yang beliau jalani di sebuah syarikat tempatan yang terlibat dalam sistem satelit meyakinkan beliau lagi akan minatnya.


Bagi kegiatan bukan akademik pula, beliau aktif dalam pasukan sukan floorball Kolej Angsana (kini Kolej Alice & Peter Tan) dan pernah menjadi penolong ketua outreach Persatuan Islam Universiti Nasional Singapura (NUSMS).


Encik Noor Hisyamuddin bakal ke Belanda bulan depan bagi satu program pertukaran pelajar. Dua tahun lalu, beliau menyertai projek kemasyarakatan di sebuah desa di Laos, di mana peserta antara lain membina perigi dan singki agar pelajar mendapat akses pada air bersih.


“Pengalaman luar darjah mustahak dan penting juga membahagikan masa antara pelajaran dan kegiatan luar darjah. Jangan lakukan tugasan pada saat-saat akhir dan dalam apa pun, lakukan yang terbaik,” ujar Encik Noor Hisyamuddin mengenai resipi kejayaannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >