Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jejak arca harimau untuk tingkat kesedaran tentang pemuliharaan haiwan terancam

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



SEMPENA ketibaan Tahun Harimau, orang ramai berpeluang mempelajari lebih mendalam tentang bagaimana perubahan iklim, pemburuan haram dan pembasmian hutan menjejas harimau liar dalam acara jejak seni di serata negara.



Jejak AR-mazing Tiger Trail 2022 oleh Dana Kehidupan Liar Sedunia Singapura (WWF-Singapura) itu akan memaparkan 33 arca seni harimau yang sebesar saiz sebenar haiwan tersebut dari 26 Februari hingga 9 April.



Karya seni dan arca harimau yang direka serta dihias oleh artis antarabangsa dan tempatan terkenal itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan haiwan-haiwan perkasa tersebut.



Dalam kenyataannya baru-baru ini, WWF berkata pada permulaan abad ke-20, 100,000 harimau hidup liar di bumi ini.



Tetapi hari ini hanya sekitar 3,900 yang tinggal, dengan bilangan yang semakin berkurangan itu akibat pemburuan haram yang berleluasa dan kehilangan habitat.



"Harimau telah hilang dari Kemboja, Laos dan Vietnam dalam tempoh 25 tahun lalu, dengan bilangan di serata Asia Tenggara terus merosot," kata WWF-Singapura.



"Sebagai pemangsa yang besar, harimau memainkan peranan penting dalam mengekalkan ekosistem yang sihat.



"Menggunakan seni sebagai alat untuk mendidik dan mendorong perubahan, AR-mazing Tiger Trail WWF-Singapura akan meneroka masa depan pemuliharaan harimau dan menyalakan harapan bahawa perubahan positif boleh berlaku jika kita bersatu di bawah matlamat bersama," tambahnya.



Jejak seni itu termasuk dua arca yang direka oleh wakil dari Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) dan Maktab Seni Lasalle.



Kedua-dua arca itu memberi tumpuan kepada harimau Malaya, yang diklasifikasikan sebagai sangat terancam di bawah Senarai Merah Spesies Terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).



Salah satu daripadanya, arca harimau emas, menggambarkan habitat semula jadi harimau Malaya yang semakin berkurangan melalui garisan topografi yang bertekstur.



Kaki arca yang berwarna merah merujuk kepada status sangat terancam harimau, sambil memberi harapan kepada usaha manusia untuk menghapuskan pemburuan haram raja rimba itu di peringkat global.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >