Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jejak taman berukuran 36 kilometer dilancar NParks

Mar 30, 2019 | 05:34 PM



JEJAK taman berukuran 36 kilometer bermula dari Jurong Lake Gardens di kawasan barat hingga Coney Island dilancarkan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) hari ini. 



Dinamakan Jejak Coast-to-Coast (C2C), ia juga lengkap dengan aplikasi mudah alih yang menggunakan elemen realiti terimbuh atau augmented reality (AR). 



Aplikasi mudah alih tersebut juga bertujuan memberikan pengguna pengalaman berjalan-jalan yang diatur (curated) serta panduan dalam talian bagi jejak tersebut. 



Jejak C2C itu terletak di Laluan Sekeliling Pulau, atau Round Island Route (RIR).



Selain itu, NParks turut melancarkan Rower’s Bay yang memaparkan laluan pejalan kaki, kemudahan serta kawasan tanah lembap sepanjang hujung kolam air itu.



Ia juga merupakan sebahagian daripada kerja-kerja fasa pertama yang telah diselesaikan sebahagian daripada RIR sepanjang 150 kilometer itu. 



Ia juga merupakan sebahagian daripada rangkaian penghubung taman (PCN) sekitar Kolam  Air Lower Seletar. 



Pembinaan Jejak C2C, RIR, PCN, Koridor Rel dan Rangkaian Taman Semula Jadi memberikan pengunjung lebih banyak pilihan rekreasi, serta lebih banyak peluang untuk meneroka dan berhubung dengan alam semula jadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >