Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jejak warisan Geylang Serai 'online' tampilkan 5 tempat ikonik

Nov 12, 2020 | 10:35 PM



MENDOKUMENTASIKAN sejarah Geylang Serai merupakan satu usaha penting untuk terus mendidik generasi akan datang mengenai jalur budaya kawasan tersebut.



Demikian menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Dr Mohamad Maliki Osman.



Untuk melakukan demikian, Wisma Geylang Serai (WGS) akan melancarkan jejak warisan dalam talian yang baru, Telusuri Geylang Serai (TGS), yang menampilkan lima tempat ikonik utama kawasan Geylang Serai.



Ini termasuk Tanjong Katong Complex, WGS, Pasar Geylang Serai, Joo Chiat Complex dan Kelab Masyarakat Kampong Ubi.



“Ini merupakan satu inisiatif yang baik kerana Jalur Budaya Geylang Serai bukan sahaja boleh dikunjungi secara fizikal, tetapi kini ramai boleh mengenal cebisan sejarah kawasan ini dengan lebih lanjut lagi melalui Facebook WGS.



“Sebetulnya, yang lama usah dibuang kerana kita tidak tahu bila ia akan berguna lagi. Jadi, dengan menampilkan lima tempat ikonik utama di Jalur Budaya Geylang Serai dan menceritakan kisah-kisah lama, ia membangkitkan kesan nostalgia dan ini tentunya menaikkan nilai kawasan itu tersendiri,” kata Dr Maliki yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar.



Mulai 19 November hingga Mac tahun depan, WGS akan mengeluarkan segmen empat bahagian bagi setiap tempat ikonik Geylang Serai itu yang akan dimuatnaik di laman Facebook WGS setiap bulan.



Siri vlog ini akan memperkenalkan makanan istimewa, tempat makanan serta individu menarik yang akan mengongsi pengalaman mereka tinggal, bekerja dan bermain di kawasan itu bersama dengan pengacara popular bagi setiap kawasan ikonik.



Antara mereka ialah Suzairhe Sumari, Suhaimi Yusoff, Fara Lola, Dalina Jaapar, Ustaz Zahid Zin dan Suhaillah Salam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >