Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jel 10 tahun bagi polis Gurkha seleweng $5j wang masyarakat sendiri

Jul 21, 2022 | 05:30 AM



SEORANG sarjan Kontinjen Gurkha Pasukan Polis Singapura menggelapkan $5.4 juta daripada anggota masyarakatnya dan menggunakan sebahagian wang itu untuk berjudi di laman perjudian kawalan jauh.



Taruhan yang dibuat Bikash Gurung, termasuk wang kemenangan yang mungkin digunakannya semula untuk berjudi, berjumlah hampir $40.8 juta. Ia jumlah terbesar setakat ini yang melibatkan seorang kaki judi yang dikaitkan dengan kegiatan perjudian haram.



Bikash, kini 36 tahun, memberitahu 196 mangsa bahawa dia boleh menghantar wang ke Nepal pada kadar pertukaran lebih baik. Tetapi dia hanya menghantar pulang sekitar $211,000 ke negara asal mereka.



Dalam hujah mereka, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Jeremy Bin dan Cheng You Duen menyifatkan kes itu sebagai salah satu penipuan paling kejam yang dilakukan dalam sejarah baru-baru ini.



Bikash, yang digantung tugas sejak 24 September 2018, mengambil antara $2,000 dengan $240,000 daripada setiap mangsa.



"Wang ini amat diperlukan untuk menyediakan keperluan asas seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, makanan dan tempat tinggal untuk keluarga mangsa di Nepal.



"Kehidupan mereka, dan kehidupan keluarga mereka selama generasi akan datang, telah terjejas dan tidak boleh dipulih disebabkan kesalahan tertuduh," kata pihak pendakwaan.



Bikash semalam dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas dia mengaku bersalah bagi 25 tuduhan pecah amanah dan sembilan tuduhan melibatkan kegiatan perjudian haram.



Lagi 188 tuduhan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >