Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Jel 12 minggu kerana lempar bubur panas pada penjaja gara-gara telur tidak masak

Mar 15, 2022 | 05:30 AM



BERANG kerana telur yang dipesan untuk buburnya mentah, seorang lelaki berusia 38 tahun melempar hidangan panas itu ke arah seorang pemilik gerai di sebuah pusat penjaja Whampoa.



Mangsa berusia 66 tahun itu mengalami luka lecur tahap kedua dan diberi cuti sakit 18 hari pada Februari 2020, mahkamah diberitahu.



Charles Law Chang Teck semalam dijatuhi hukuman penjara 12 minggu selepas mengaku bersalah bagi satu pertuduhan menyebabkan kecederaan secara sengaja menggunakan bahan yang panas.



Dia memesan bubur beserta telur untuk dibawa pulang di pusat penjaja itu. Apabila mendapati telur itu mentah, Law memberitahu pemilik gerai dia mahu telur itu dimasak. Pemilik gerai menjawab bahawa Law sepatutnya memaklumkannya lebih awal.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Magdalene Huang berkata: "Tertuduh tidak puas hati kerana dia ingin memberi bubur itu kepada anak lelakinya yang masih kecil."



Law, yang ibu bapanya juga menjaja di pusat penjaja itu, kemudian membuka penutup bekas pakai buang dan melempar bubur yang baru dimasak itu ke arah pemilik gerai tersebut.



Bubur panas itu melecurkan muka, dada dan lengan kanan penjaja itu.



Seorang lelaki yang menyaksikan pertengkaran itu khuatir Law akan menimbulkan lebih banyak masalah dan menyuruhnya pergi.



Beliau kemudian menasihatkan pemilik gerai itu supaya membuat laporan polis.



Semakan perubatan terkini mangsa pada 25 Mei tahun lalu mendapati tiada parut ketara dan tekstur kulitnya normal.



Meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya lima bulan, DPP Huang berkata kesalahan Law dirancang terlebih dahulu kerana dia "mempunyai niat membuka ikatan beg plastik dan membuka penutupnya".



Beliau menambah bahawa kesalahan itu boleh menyebabkan kegusaran orang ramai kerana ia berlaku pada waktu sibuk di sebuah pusat penjaja.



DPP Huang mengambil kira bahawa Law mungkin mengalami gangguan ledakan amarah (IED), yang didapati Institut Kesihatan Mental menyumbang kepada tindakannya.



IED ialah keadaan yang melibatkan kemarahan, pencerobohan atau keganasan secara tiba-tiba. Reaksi ini cenderung tidak rasional atau tidak berkadar dengan keadaan.



Di bawah undang-undang, bagi kesalahan menyebabkan kecederaan secara sengaja menggunakan bahan panas, Law boleh dipenjara hingga tujuh tahun, didenda, dirotan atau mana-mana gabungan tiga hukuman itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >