Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jel 18 minggu buat anggota NS di SCDF kerana abai peraturan duduk di rumah sementara tunggu keputusan ujian Covid-19

Oct 11, 2021 | 05:29 PM



SEORANG anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah mengabaikan arahan doktor untuk duduk di rumah setelah menunjukkan tanda jangjitan Covid-19.



Sebaliknya, dia mengunjungi pusat beli-belah Bugis Junction dan taman papan lungsur di Somerset.



Dia kemudian mendapat berita bahawa dirinya positif virus Covid-19.



Fathullah Abdul Rahman, 23 tahun, telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 minggu pada Isnin (11 Oktober), atas kesalahan melanggar perintah duduk di rumah ketika menjalani cuti sakit dan menunggu keputusan ujian swab Covid-19.



Empat tuduhan dikenakan ke atasnya kerana melanggar perintah cuti perubatan sebanyak empat kali tahun lalu.



Memohon hukuman penjara selama lima hingga enam bulan, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Yong Ngee Goh berkata:



“Walaupun dia masih muda, (Fathullah), mengikut niat dan matlamat, dia adalah seorang dewasa.”



Tindak balas yang penting dan bermakna diperlukan untuk mencegah pesalah yang berfikiran serupa, iaitu meremehkan pandemik ini, tambah DPP Yong.



Sebagai langkah masuk campur, peguam bela Cik Yamuna Balakrishnan menyatakan bahawa walaupun ia bukan alasan, Fathullah tinggal di sebuah flat tiga bilik dengan tiga orang lain dan dia menggunakan ruang tamu.



Selain itu, Fathullah juga telah terpilih untuk menjalani latihan sebagai komander di SCDF namun dibatalkan setelah ditangkap melanggar undang-undang - kesan yang harus dihadapi kerana tindakannya, kata Cik Yamuna.



Ini adalah kali pertama dia terlibat dengan kesalahan undang-undang dan dia ingin mendaftar sebagai anggota SCDF sepenuh masa, tambah peguam bela itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >