Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jel dan rotan bagi penganggur, paksa isteri lacur diri untuk beli tepung susu dan lampin bayi

Feb 19, 2019 | 06:30 PM



 



 



SEORANG penganggur lelaki berusia 27 tahun yang memaksa isterinya menjadi pelacur untuk membeli lampin dan tepung susu bayi lelaki mereka, semalam, dihukum penjara 25 ½ tahun dan rotan 24 kali.



Lelaki itu turut mengaku bersalah memaksa anak perempuannya, yang berusia enam tahun, melakukan seks oral dengannya. Dia juga mencium, meraba dan membuka pakaian anak saudara berusia 13 tahun.



Hakim Mahkamah Tinggi Chan Seng Onn berkata lelaki itu bak bukan manusia semasa menjatuhkan hukuman.



Kesalahan yang dilakukan itu tidak pernah dilakukan dan dia mengambil kesempatan ke atas tiga wanita yang sepatutnya beliau lindungi, kata Hakim Chan.



Peguam pendakwa menyifatkan kes itu sebagai ‘yang pertama berlaku’ di Singapura dan adalah kes mendagang manusia yang paling dasyat di sini.



Lelaki itu menggunakan keganasan ke atas isterinya yang berusia 28 tahun itu dan memberinya tekanan emosi untuk memastikan beliau memenuhi kuota pelanggan yang ditetapkan.



Dalam tempoh tiga bulan antara Jun dengan Ogos 2016, isterinya  memberikan khidmat seksual kepada sekitar 138 lelaki. Isterinya juga menyerahkan semua pendapatannya - hampir $11,000 kepada suaminya.



 Hakim Chan mengenakan saman $12,000 ke atas lelaki itu untuk merampas wang itu daripadanya.



Kesalahan itu terdedah selepas ibu lelaki itu melaporkannya kepada polis pada Ogos 2016 kerana mencabuli cucu perempuannya.



Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu, yang tidak boleh dinamakan untuk melindungi tiga mangsanya, telah menganiayai isterinya sebelum  mereka mendirikan rumahtangga pada 2012.



Pasangan itu mengalami masalah kewangan selepas wanita itu berhenti bekerja sebagai pembantu pejabat sekitar 2015.



Justeru, lelaki itu, yang enggan mencari kerja,  mendesak isterinya supaya melacur dirinya di dalam talian.



Lelaki itu biasa mendapatkan khidmat pelacuran dengan cara itu.



Dia juga memaksa isterinya merakamkan aksi ranjang dengan pelanggan kerana dia suka melihat isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain.



Lelaki itu, yang melalui ujian psikiatri, disifatkan sebagai memiliki sikap anti-sosial dan adalah satu ancaman bagi anak perempuannya. Laporan psikiatri itu juga berkata dia ‘bangga’ dengan perbuatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >