SEORANG pemandu lori yang melanggar jambatan di ekspreswe semalam dipenjara seminggu dan dilarang memandu sembilan bulan.
Li Qiang, 40 tahun, penduduk tetap Singapura, sedang memandu lori yang membawa sebatang tiang kren di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada 29 Oktober 2011 apabila tiang kren itu melanggar jambatan setinggi 4.5 meter itu. Kejadian berlaku selepas susur keluar di Paya Lebar Road.