Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jel, rotan kerana beli dadah dalam talian dan kesalahan dadah lain

Feb 10, 2017 | 03:25 PM



SEORANG penganggur dihukum penjara lima tahun lapan bulan dan rotan 10 kali pada Jumaat (10 Feb) kerana membeli ganja dalam talian dan kesalahan berkaitan dadah lain.



Nicholas Chee Li-Yong, 28 tahun, mengaku bersalah terhadap dua tuduhan mengambil dadah dan satu tuduhan setiap satu bagi mengimport, mengedar dan memiliki dadah.



Sebanyak 20 tuduhan berkaitan dadah lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Pada 22 Jan tahun lepas, pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di bahagian pos bungkusan di Eunos Road menemui satu bungkusan dari Amerika Syarikat bertanda 'Stussy logo tank top' .



Ditujukan kepada Chee di alamat surat-menyurat perniagaan pejabat mayanya di Robinson Road, bungkusan itu didapati mengandungi ganja.



Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) pergi ke rumahnya di Dalvey Road berhampiran Bukit Timah Road pada hari itu dan menangkapnya.



Mereka memeriksa biliknya dan menemui dadah seperti kokain dan lysergide, atau LSD.



Chee kemudian mengakui dia merancang menggunakan LSD itu untuk bertukar barang dengan seorang wanita yang dikenali hanya sebagai Shuk. Sebagai ganti, wanita itu akan memberinya dadah seperti ecstasy, nimetazepam, atau Erimin-5, dan methamphetamine, atau ais.



Chee juga mengaku dia membeli kokain dalam talian pada harga AS$350 ($497) dan dadah itu untuk kegunaan sendiri.



Tiga lagi bungkusan yang dialamatkan kepadanya dikesan di bahagian pos bungkusan ICA itu dan pangkalan penghantaran Jalan Lembah Kallang Singapore Post antara 28 Jan dan 3 Feb tahun lepas.



Bungkusan itu didapati mengandungi barang yang termasuk tiga radas kaca dan dua paket plastik ganja.



Menurut dokumen mahkamah, Chee berkata dia membeli dadah daripada laman web dalam talian dan pembekal itu, yang dia percaya adalah dari Amerika, akan menghanta dadah itu kepadanya melalui pos.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Chan Yi Cheng berkata Chee juga mengaku kali terakhir dia menghisap ganja daripada pembekal itu ialah pada hari dia ditangkap.



Selain ganja, nimetazepam, atau Erimin-5, juga dikesan dalam air kencingnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >