Rebut peluang, tingkat kerjaya di sektor sekitaran binaan
Jelajah dunia dengan misi pastikan keselamatan di tapak binaan
Jul 22, 2019 | 05:30 AM
PENGALAMAN berkhidmat sebagai ahli bomba dengan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) ketika dalam Perkhidmatan Negara (NS) telah menyedarkan Encik Nazar Ali Nazarudin tentang pentingnya isu keselamatan.
Kesedaran itu membuka matanya bahawa beliau boleh memainkan peranan untuk menyumbang kepada aspek keselamatan, khususnya di tempat kerja.