Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jelajah sejauh Australia, Lebanon untuk berbasikal

Oct 10, 2019 | 05:30 AM



MEREDAH rimba, bukit-bukau dan lorong berlekuk bukanlah masalah bagi Encik Riyadh Hakim Lukman dan Encik Arfan Faisal, yang kerap ke luar negara bagi menyertai perlumbaan basikal.



Mereka telah ke pelbagai negara seperti China, Australia, Jepun, Lebanon dan Filipina bagi menyertai perlumbaan sukan lasak itu.



Encik Riyadh, 21 tahun, dan Encik Arfan, 19 tahun, merupakan antara warga setempat yang ke luar negara semata-mata untuk menyertai acara sukan.



Mereka merupakan ahli kumpulan basikal lasak Singapura, TeamAwano, yang ditubuhkan oleh juara kebangsaan sebanyak tujuh kali dan pelumba basikal nasional, Encik Junaidi Hashim, yang mengasah bakat mereka.



Sejak berada di bawah naungan TeamAwano, mereka bukan sahaja bertanding di Singapura malah mewakili Singapura di peringkat antarabangsa di Australia, China, Filipina, Jepun, Lebanon dan Malaysia.



"Cross-country Olympics (XCO) World Championships 2017 di Cairns, Australia, adalah acara tahunan terbesar.



"Peluang untuk bersaing bersama (penunggang basikal) yang terhebat, serta profesional lain di trek 'world class' itu adalah pengalaman yang tak akan saya lupakan," imbau Encik Riyadh, yang juga juara pertandingan XCO, Turun Bukit dan Jalan Raya Nasional kategori Bawah-23 2018.



Beliau bakal berentap dalam Asian Urban Cycling Championship pada 26 dan 27 Oktober ini di Jakarta, Indonesia.



Juara XCO Junior Nasional 2017 dan 2018, Encik Arfan pula akan bertanding dalam Asian Mountain Bike Series di Kota Kinabalu, Sabah, pada 14 dan 15 Disember ini.



Encik Riyadh menambah beliau mula berjinak dalam sukan basikal lasak pada 2012.



Meskipun berlatih tanpa bimbingan mahupun basikal yang optimum, beliau telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan dalam pertandingan pada 2016, lantas mendorong Encik Junaidi untuk menyertakan beliau di dalam kumpulannya.



Sukan yang asalnya bertujuan membantu Encik Arfan kuruskan badan perlahan-lahan menjadi minat sehingga beliau sanggup ke luar negara bagi mengikuti pertandingan.



Penyertaannya dalam pertandingan berbasikal junior telah menempah tempatnya di TeamAwano, menjadikan beliau dan Encik Riyadh antara yang pertama untuk menyertai kumpulan tersebut.



"Pada saya, kedua-dua remaja ini mempunyai potensi yang cerah dan dengan didikan dan dorongan yang sempurna, mereka boleh mencipta sejarah dan sekali gus menjadi anak Melayu pertama di Singapura untuk menjulang pingat untuk negara dan menjadi atlit yang berjaya suatu hari nanti," kata Encik Junaidi, yang yakin anak-anak didiknya akan diberi lebih banyak peluang selepas tamat NS tahun depan.



Meskipun sibuk dengan tanggungjawab sebagai pelatih di kem masing-masing, mereka tetap meluangkan masa untuk berlatih, sekurang-kurangnya pada hujung minggu, justeru menghambat masa untuk bersama keluarga.



"Keluarga memainkan peranan yang besar dan penting dalam sukan ini kerana ia memakan masa dan banyak pengorbanan harus dilakukan, termasuk tiada masa untuk makan bersama keluarga disebabkan latihan. Saya bersyukur kerana keluarga saya menjadi tulang belakang dalam apa jua yang saya lakukan," jelas Encik Riyadh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >