AIDILFITRI yang bakal menjelang tiba menyaksikan tempahan bagi kereta sewa untuk ziarah raya meningkat secara mendadak tetapi harga pakej sewa tetap stabil.
Keadaan tersebut menyaksikan sesetengah firma kereta sewa terpaksa menolak tempahan kerana stok kereta yang mereka ada telah habis ditempah sejak sebulan lalu.