SATU kelompok jangkitan masyarakat baru diisytiharkan lewat Ahad (23 Mei) – pusat membeli-belah Jem dan West Gate di Jurong East – dengan terdapat empat kes dikaitkan dengannya.
Memberi perincian, Kementerian Kesihatan (MOH) mengatakan empat kes itu termasuk seorang guru muzik di Sekolah Muzik Yamaha yang mengalami demam dan mendapatkan rawatan lima hari kemudian. Lelaki berusia 59 tahun itu jatuh sakit pada 16 Mei dan pergi ke klinik pada Jumaat lalu. Ujian pantas antigennya kembali positif pada hari sama dan beliau terus diasingkan.
Tiga individu lain yang dikaitkan dengan kelompok itu termasuk pekerja pembersihan berusia 39 tahun di Westgate dan pelawat berusia 44 tahun, yang ujian awalnya menunjukkan positif bagi varian B1617.
Yang keempat adalah pemandu trak penghantaran berusia 31 tahun yang dikesan positif semasa dijalankan ujian buat mereka yang bekerja atau pernah mengunjungi Jem dan Westgate. Kedua-dua pusat membeli-belah itu ditutup selama dua minggu, sementara ia dibersihkan.
Terdapat dua kes masyarakat yang tidak terkait. Pertama adalah wanita berusia 60 tahun yang telah diberi vaksin dan dikesan semasa ujian bagi penduduk Blok 506 Hougang Avenue 8.
Yang kedua adalah wanita berusia 74 tahun yang mengalami sakit-sakit badan, muntah dan menggigil pada Rabu lalu dan yang mendapatkan rawatan perubatan pada hari sama tetapi tidak diuji bagi Covid-19.
Keadaannya bertambah buruk pada Sabtu dan beliau dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong. Beliau telah diberi vaksin sebelum ini.
Seorang pekerja yang tinggal di asrama pekerja asing, berusia 46 tahun dan bekerja di H&W Communications, juga didapati positif Covid-19. Beliau tidak bergejala dan dikesan ketika diuji pada Sabtu sebagai sebahagian ujian rutin.
Secara keseluruhan, terdapat 25 kes baru Covid-19 sehingga tengah hari Ahad termasuk 21 kes dalam masyarakat, 1 tinggal di asrama pekerja dan 3 kes yang diimport.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Jem dan Westgate menjadi kelompok baru jangkitan Covid-19 dengan 4 kes masyarakat
May 24, 2021 | 07:10 AM