Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KESAN VARIAN OMICRON PADA PERJALANAN KE LUAR NEGARA

Jemaah buat penyesuaian setelah VTL Arab Saudi - SG ditangguhkan

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH menangguhkan Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) antara Arab Saudi dengan Singapura adalah mengejutkan dan menjejas beberapa jemaah yang sudah merancang menggunakan skim itu, kata beberapa ejen penyedia pakej umrah dan haji (GSA).



Namun, mereka akur langkah itu penting sedang pihak berkuasa memantau varian baru koronavirus Covid-19, Omicron, yang dilaporkan berpotensi menjadi lebih berjangkit.



Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, berkata berita tentang penangguhan itu mengejutkan, setelah VTL bagi Arab Saudi hanya diumumkan sekitar dua minggu lalu.



"Sesudah diumumkan VTL untuk negara-negara tersebut, ramai pelanggan atau bakal jemaah telah datang untuk membuat tempahan umrah untuk bulan terdekat.



"Jemaah yang mendaftar sudah membuat booking berserta bayaran dan mungkin mereka juga tidak mempunyai cuti lama untuk SHN selepas pulang," kata Ustaz Tengku Mohamad Fouzy.



VTL membolehkan orang yang sudah divaksinasi untuk melawat negara tanpa perlu dikuarantin.



Pada 15 November lalu, Singapura mengumumkan VTL Arab Saudi akan bermula 6 Disember ini.



Buat masa ini, tanpa skim VTL, mereka yang pulang dari Arab Saudi perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama tujuh hari di rumah.



Kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan VTL bagi Qatar, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) akan ditangguh sehingga masa yang ditentukan untuk mengurangkan risiko varian Omicron menular di sini.



Ini memandangkan negara Timur Tengah merupakan hab pengangkutan ke negara terjejas oleh varian baru itu di selatan Afrika.



Ustaz Tengku Mohamad Fouzy juga meminta pihak berkuasa untuk memberi kelonggaran kepada jemaah yang sudah merancang menggunakan VTL itu dan kini terjejas dengan langkah terbaru ini.



Pengarah Urusan Shahidah Travel & Tours, Encik Ayoob Angullia, berkata terdapat seramai 16 jemaah umrah di bawah syarikat itu yang sudah berangkat dan akan terjejas dengan penangguhan VTL itu.



"Mereka sepatutnya kembali pada 5 Disember, tetapi setelah VTL Arab Saudi diumumkan, mereka tukar penerbangan untuk tiba di Singapura 7 Disember, jadi mereka tidak perlu jalani kuarantin.



"Kini lepas VTL ditangguhkan, mereka harus jalani SHN tujuh hari di rumah pula," kata Encik Ayoob.



Naib Presiden Amtas, Ustaz Jalaluddin Hassan, pula berkata timbulnya varian baru Omicron ini akan menjejas sedikit keinginan jemaah untuk pergi umrah, sedang mereka melihat dahulu keadaan terkini.



Namun, ada jemaah juga yang ingin meneruskan rancangan mereka.



"Ada jemaah yang sudah membuat tempahan untuk menjalankan umrah pada awal Disember yang akan meneruskan rancangan mereka kerana mereka sudah menjangkakan SHN di rumah pada awalnya.



"Ada juga jemaah yang kini menangguhkan perjalanan mereka dahulu ke bulan dua, atau akhir bulan satu dengan harapan VTL ini dapat diadakan semula," ujar Ustaz Jalaluddin, yang juga pengarah urusan Jalaluddin Travel & Services.



Setelah VTL diumumkan sebelum ini, pihak GSA menerima sambutan "amat menggalakkan dan memberikan kita nafas baru, dengan pendaftaran tidak henti-henti setiap hari", katanya.



Bahkan, masih ada tempahan yang diterima pagi semalam setelah penangguhan VTL itu diumumkan.



Namun, beliau berharap jemaah faham bahawa keadaan virus ini boleh berubah bila-bila masa.



"Dua tahun merupakan pengalaman berharga yang kita hadapi dan kita perlu beradaptasi kepada kemungkinan yang boleh dijangkakan.



"Ini boleh berlaku di mana-mana, bukan sahaja di Arab Saudi. Kadang-kadang tak keluar negeri pun kena kuarantin sebab kawan sebelah kita terkena," ujarnya.



Kelmarin, Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata tiada kes Omicron yang telah dikesan di negara itu sejauh ini.



Namun, ia telah mengumumkan langkah menggantung penerbangan dari dan ke beberapa negara Afrika disebabkan varian tersebut.



Ini termasuk Afrika Selatan, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Mozambique, Lesotho, dan Eswatini.




“Sesudah diumumkan VTL untuk negara-negara tersebut, ramai pelanggan atau bakal jemaah telah datang untuk membuat tempahan umrah untuk bulan terdekat...jemaah yang telah mendaftar sudah membuat booking berserta bayaran dan mungkin mereka juga tidak mempunyai cuti lama untuk SHN selepas pulang.”
– Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat.



“Ada jemaah yang sudah membuat tempahan untuk menjalankan umrah pada awal Disember yang akan meneruskan rancangan mereka, kerana mereka sudah menjangkakan SHN di rumah pada awalnya. Ada juga jemaah yang kini menangguhkan perjalanan mereka dahulu ke bulan dua, atau akhir bulan satu dengan harapan VTL ini dapat diadakan semula.”
– Naib Presiden Amtas yang juga pengarah urusan Jalaluddin Travel & Services Ustaz Jalaluddin Hassan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >