Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Jemaah faham langkah Saudi, Israel larang masuk pengunjung S'pura

Feb 28, 2020 | 05:30 AM

KEMENTERIAN Kesihatan Israel baru-baru ini mengenakan larangan perjalanan terhadap warga Singapura berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19.

Dalam siaran akhbar yang terdapat di laman Kementerian Kesihatan Israel pada 16 Februari, antara negara lain yang dilarang ke Israel termasuk Thailand, Hong Kong dan China.

Larangan secara tiba-tiba itu menjejas ramai yang merancang untuk mengunjungi Baitulmakdis semasa cuti sekolah bulan Mac akan datang.

Beberapa agensi pelancongan berkata mereka terpaksa membayar balik jemaah atau pun mencadangkan pakej perjalanan alternatif.

Menurut Tengku Madihah Fathiyyatul Fauziyyah, sebanyak 50 peratus jemaah yang sepatutnya ke Baitulmakdis bersama TM Fouzy Travel & Tours telah menerima pembayaran balik setelah pengumuman larangan itu.

"Setelah pengumuman dilakukan, kami telah bekerja keras untuk menelefon jemaah kami dan menjelaskan situasi yang malang ini.

"Oleh kerana perjalanan ini dibatalkan, kami telah memberi pembayaran balik sepenuhnya," kata anak sulung Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat (TM Fouzy).

Seramai 120 jemaah TM Fouzy Travel & Tours terjejas akibat larangan tersebut.

Antara mereka ialah jemaah yang ingin dikenali sebagai Cik Salbiah yang sepatutnya berangkat ke Israel pada 17 Mac.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Cik Salbiah berkata beliau telah melakukan bayaran penuh untuk pakejnya ke Petra dan Aman di Jordan, serta ke Baitulmakdis, beberapa hari sebelum pengumuman itu.

"Saya terkejut dan bimbang juga kerana saya baru sahaja membuat pembayaran.

"Mujur kakitangan di TM Fouzy banyak tolong dan saya reda yang situasi ini sudah ditakdirkan terjadi," kongsi Cik Salbiah yang sepatutnya ke sana bersama ibunya yang berusia 67 tahun.

Beliau menambah perjalanan tersebut sepatutnya menjadi kali pertama beliau ke luar negeri bersama ibunya.

Bagi Hamidah Travel & Tours pula, sebanyak 90 peratus jemaahnya telah mengambil keputusan untuk menangguh perjalanan mereka ke Baitulmaqdis.

Menurut pengurus pelancongan Hamidah Travel & Tours, Encik Badruzzaman Abdul Majid, jemaahnya sebenarnya sudah bersedia untuk larangan itu sejak penularan Covid-19 di Singapura pada akhir bulan lalu.

"Ini bukan sesuatu yang kami boleh kawal dan jemaah memahami situasi ini. Jadi apa yang kami boleh lakukan adalah untuk menangguh perjalanan mereka pada tarikh yang lain," jelas Encik Badruzzaman.

Beliau berkata mereka hanya menunggu berita selanjutnya kerana larangan perjalanan hanya buat sementara.

Dalam pada itu, mereka akan memberi lebih tumpuan kepada pakej-pakej yang lain seperti mereka yang akan ke Turkey.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian