Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah haji SG dalam keadaan baik; siap laksana wuquf di Arafah

Kadir: Langkah keselamatan terus dipatuhi demi kurangi risiko jangkitan Covid-19
Jul 08, 2022 | 05:30 AM



KEBANYAKAN jemaah haji Singapura berada dalam keadaan baik dan dapat menyesuaikan diri dengan langkah keselamatan tambahan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.



Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen, yang berada di sana, memberitahu Berita Harian (BH) bahawa jemaah sibuk mempersiap diri bagi wuquf di Arafah hari ini.



"Alhamdulillah, kebanyakan jemaah Singapura kita dalam keadaan sihat dan sedang mempersiapkan diri untuk kemuncak ibadah haji iaitu wuquf di Arafah, yang akan berlangsung Jumaat ini (hari ini).



"Kita semua juga mengamalkan langkah-langkah keselamatan demi mengurangkan risiko jangkitan Covid- 19, yang agak tinggi dengan adanya sekitar sejuta jemaah haji dari seluruh pelosok dunia," ujar Encik Kadir, yang juga Ketua Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura.



Seramai 900 jemaah Singapura berada di Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini.



Mereka antara 850,000 jemaah asing yang mendapat izin melaksanakan rukun Islam kelima itu. Secara keseluruhan, seramai 1 juta orang mengerjakan haji tahun ini.



Encik Kadir turut berkata pihaknya akan terus memastikan keselamatan jemaah Singapura lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca panas terik di sana sekarang.



"Keadaan cuaca di sini agak mencabar. Lantas, kami sentiasa mengingatkan jemaah haji kami supaya banyak minum air.



"Muis akan terus mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji kita," katanya.



Dalam pada itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah melahirkan penghargaan mendalam kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah, dan kementeriannya atas "khidmat dan sokongan baik yang diberikan kepada jemaah haji kita, khususnya dalam memberikan Singapura visa tambahan baru-baru ini dan begitu cepat memproses permohonan jemaah".



Merakamkan rasa besar hatinya di Facebook semalam, Encik Masagos turut menulis:



"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Arab Saudi atas pemberian permit bagi klinik-klinik Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) di Shisha, Makkah dan Madinah yang membolehkan pasukan perubatan merawat dan menjaga jemaah kita."



Sementara itu, ejen penjualan pakej haji (GSA) yang dihubungi akhbar ini turut mengatakan pihak mereka sentiasa mengingatkan jemaah supaya menjaga kesihatan dan keselamatan.



Pengarah Noor Mohamad Services & Travel, Ustazah Juyda Noor Mohamad, berkata:



"Cuaca di sini amat mencabar... memang panas. Kami sentiasa menasihati jemaah agar duduk di dalam dan jangan keluar sekiranya tidak perlu.



"Jadi kami menasihati jemaah agar jangan keluar jika tidak perlu, simpan tenaga untuk hari Arafah, Muzdalifah, Mina serta banyak minum air putih."



LAPORAN SELANJUTNYA: Jemaah dibantu GSA ulang kaji sebelum lakukan wuquf




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >