Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENAHANAN REMAJA 16 TAHUN DI BAWAH ISA

Jemaah hargai tindakan pantas ISD kesan rancangan ganas

Jan 30, 2021 | 05:30 AM



SOLAT Jumaat dijalankan dengan tenang dan teratur di Masjid Assyafaah semalam meskipun jemaah 'digegarkan' dengan berita bahawa masjid itu merupakan salah satu dari dua masjid yang menjadi sasaran seorang remaja yang berniat melakukan pembunuhan beramai-ramai.



Mujur rancangan ganas ke atas masjid di Sembawang itu dan Masjid Yusof Ishak di Woodlands dapat dicegah hasil pengesanan awal Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).



Beberapa jemaah yang ditemui oleh Berita Harian (BH) di Masjid Assyafaah semalam melahirkan rasa terkejut dengan berita itu tetapi, rata-rata para jemaah menyatakan mereka dapat menjalankan ibadah dengan tenang tanpa hilang tumpuan.



Melahirkan rasa syukur bahawa rancangan remaja 16 tahun itu dapat dikesan awal, jemaah menyatakan apa yang menjadi keprihatinan mereka ialah mengapa anak muda itu mudah terpengaruh dengan ekstremisme.



Remaja lelaki berbangsa India dan beragama Kristian Protestan itu merancang menyerang jemaah pada 15 Mac ini, sempena ulang tahun kedua serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand.



Pelajar sekolah menengah itu telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) November lalu.



Mengulas tentang tindakan tersebut jemaah yakin pihak berkuasa dapat menangani apa juga ancaman dan menjamin keselamatan masyarakat tidak kira bangsa atau agama serta percaya bahawa masjid terus menjadi tempat yang selamat untuk beribadah.



Encik Izad Samsuri, 38 tahun, berkata beliau menghargai dan amat kagum pihak berkuasa bertindak dengan pantas.



"Tapi, apa yang membimbangkan adanya orang yang begitu muda ingin melakukan keganasan."



"Saya khuatir, kalau ada lagi segelintir orang yang terpengaruh macam ni," kata bapa dua anak itu yang bertugas sebagai jurutera.



Seorang lagi jemaah yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Syed Halim, 36 tahun, berkata:



"Saya khuatir bagaimana remaja itu boleh terpesong seperti itu."



Ada jemaah pula yang meluahkan kebimbangan terhadap kandungan sensitif dalam talian yang lebih mudah terdedah kepada anak muda pada masa kini.



Mereka juga berkongsi pentingnya peranan ibu bapa dalam mencegah idea keganasan dari luar negara daripada mempengaruhi anak muda di sini.



Pesara Encik Rahim Ibrahim, 63 tahun, misalnya berkata beliau hairan bagaimana remaja itu, meskipun sangat muda sudah mempunyai niat untuk meragut nyawa orang lain.



Bapa tiga anak dan datuk tujuh cucu itu yang tinggal dekat dengan Masjid Assyafaah berkata:



"Sekarang handphone sudah jadi satu alat keperluan yang tak boleh kita pisah daripada diri kita, lebih-lebih lagi anak muda.



"Penting kita mengambil tahu apa yang mereka lihat dan baca dalam talian, dan tidak membiarkan mereka duduk bersendirian dalam bilik," tekannya lagi.



Dua pelajar sekolah menengah dekat kawasan itu, berusia 16 dan 14 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Hakim dan Auji, berkata mereka bimbang kerana remaja itu sudah merancangkan secara terperinci cara melakukan keganasan itu.



"Dia sudah pelan nak beli senjata dari Carousell dan lepas tu nak tempah kereta BlueSG."



"Masjid ni pun sedikit sunyi dan agak jauh dari kejiranan terdekat - takut pula dia lakukan keganasan dan tiada yang berjaya menghentikannya," kata Auji, merujuk kepada lokasi Masjid Assyafaah yang dikelilingi tanah lapang sepanjang Canberra Road dan Admiralty Lane.



Menyusuli pendedahan kes itu, polis mengingatkan anggota masyarakat supaya terus berwaspada. Polis juga membuat rondaan kerap di kawasan tempat beribadah.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, polis berkata: "Sebagai sebahagian daripada pendekatan SGSecure, polis telah bekerjasama dengan pelbagai anggota masyarakat, termasuk tempat beribadah, untuk mempertingkat pengawasan dan taraf kesediaan mereka.



"Polis melaksanakan rondaan secara kerap untuk menjamin keselamatan beberapa tempat tertentu dalam masyarakat termasuk tempat beribadah."



Ia turut menggesa orang ramai supaya terus memainkan peranan mencegah keganasan.



Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan individu atau kegiatan yang mencurigakan boleh menghubungi ISD menerusi talian 1800-2626-473 atau menghubungi polis menerusi talian 999 atau SMS kepada 71999.



Orang awam juga digalak memuat turun aplikasi SGSecure.




AWAS TANDA RADIKAL



  • Melahirkan kepercayaan bahawa pengganasan boleh digunakan serta meluahkan sokongan kepada pengganas dan perjuangan mereka.

  • Cuba pengaruhi orang lain agar menyokong atau libatkan diri dalam pengganasan atau kedua-duanya sekali.

  • Paparkan lencana atau lambang yang menyokong kumpulan pengganas.

Orang ramai digesa melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengenali sesiapa yang menunjukkan tanda-tanda radikalisasi. Hubungi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) di 1800-2626-473.




SALURAN BANTUAN



Ada persoalan berkaitan ideologi agama? Berikut khidmat pertolongan yang disediakan:



  • Rangkaian Belia Asatizah (AYN)

Sertai sesi bimbingan bersama Rangkaian Belia Asatizah (AYN) di Masjid Al-Falah di Orchard Road. Buat janji temu menerusi talian 6235-3172.



  • Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG)

Anda boleh menghubungi talian RRG di 1800-7747-747 atau menggunakan aplikasi RRG.



Orang ramai juga boleh melayari laman www.rrg.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >