Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah masjid terkejut namun yakin pihak berkuasa pastikan keselamatan S'pura

Jan 29, 2021 | 05:30 AM



JEMAAH yang sering ke Masjid Yusof Ishak dan Masjid Assyafaah berkata mereka terkejut dengan rancangan seorang belia untuk menyerang kedua-dua masjid itu, tetapi berasa yakin bahawa pihak berkuasa akan memastikan keselamatan di Singapura.



Mereka juga percaya kes remaja berusia 16 tahun radikal sendiri itu adalah kejadian terpencil.



Seorang jemaah, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Khan, yang sering ke masjid Assyafaah berkata beliau terkejut dan prihatin apabila mendapat tahu tentang berita itu.



"Ini lebih-lebih lagi apabila saya baca yang belia itu 'terdorong' oleh serangan masjid di New Zealand.



"Saya juga terkejut apabila melihat usianya dan bagaimana dia menjadi radikal pada usia sebegitu muda," kata guru yang menetap di Yishun itu.



Belia India beragama Kristian Protestan itu dipengaruhi serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand, pada 15 Mac 2019, dan telah merancang meniru serangan ke atas kedua-dua masjid di Singapura itu pada ulang tahun kedua serangan tersebut, iaitu pada 15 Mac.



Ditanya sama ada beliau risau akan keselamatannya di masjid selepas membaca laporan tentang percubaan serangan tersebut, Encik Khan berkata beliau yakin Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) telah melakukan tugas yang baik untuk mengesan ancaman sedemikian pada peringkat awal.



"Saya juga percaya masyarakat Kristian bekerjasama dengan aman bersama-sama masyarakat Muslim untuk menghapuskan ideologi radikal sedemikian pada kedua-dua pihak.



"Melangkah ke hadapan, saya berharap lebih banyak boleh dilakukan di sekolah dan rumah untuk mengajar tentang toleransi agama dan kepentingannya di negara kita. Ia mungkin sesuatu yang berkurangan atau diambil mudah di kalangan belia hari ini," katanya.



Seorang lagi jemaah yang sering ke Masjid Assyafaah atau Masjid Yusof Ishak jika berada di pejabat di utara Singapura, Encik Allif Reza Suhaimi, berkata beliau terkejut membaca laporan itu dan tidak menyangka seorang remaja boleh berfikiran sedemikian.



"Saya rasa belia itu mempunyai tanggapan salah tentang Islam dan kefahaman yang sesat telah bermaharajalela di dalam mindanya sedang dia langsung tidak tahu apa-apa tentang agama Islam.



"Bagaimanapun hal ini tidak akan menghalang saya daripada ke masjid malah saya akan mengajak rakan-rakan bukan Islam kerana di situlah tempat yang paling sesuai untuk seseorang belajar tentang Islam sebenarnya dan bukan dari Internet," kata pegawai teknikal berusia 35 tahun itu.



Di laman Facebooknya, Masjid Assyafaah mengajak Muslim Singapura agar kekal bersatu dan terus bertindak balas dengan belas kasihan dan kemaafan.



"Jadilah suara yang memerangi perpecahan dalam talian dan luar talian. Bersama-sama kita tidak terjejas. Bersama kita lebih kuat. Bersama kita dapat menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik," katanya.




Awas tanda radikal



  • Melahirkan kepercayaan bahawa pengganasanboleh digunakan serta meluahkan sokongan kepada pengganas dan perjuangan mereka.

  • Cuba pengaruhi orang lain agar menyokong atau libatkan diri dalam pengganasan atau kedua-duanya sekali.

  • Paparkan lencana atau lambang yang menyokong kumpulan pengganas.

Orang ramai digesa melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengenali sesiapa yang menunjukkan tanda-tanda radikalisasi. Hubungi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) di 1800-2626-473.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >