Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah positif Covid-19 kunjungi Masjid Al-Ansar

Jul 09, 2020 | 11:35 AM



SEORANG individu yang disahkan positif Covid-19 telah ke Masjid Al-Ansar bagi solat Maghrib dan Isyak antara 26 Jun dengan 2 Julai 2020.



Sebagai langkah berjaga-jaga, Masjid Al-Ansar telah ditutup dari lewat petang 7 Julai dan 8 Julai bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmi kuman secara menyeluruh.



Masjid itu dibuka semula untuk solat jemaah hari ini (9 Julai), manakala solat Jumaat akan diteruskan seperti biasa esok. 



Individu yang disahkan positif Covid-19 itu telah mengunjungi masjid tersebut lapan kali antara 26 Jun dengan 2 Julai, menurut satu kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Menurut Muis, Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan mengenai kes tersebut pada 7 Julai.



Individu itu telah dapat dijejak kerana proses yang telah diperkenalkan masjid. Mengehadkan waktu jemaah di masjid juga memastikan kontak antara jemaah hanyalah sementara sahaja.  



MOH mengesahkan risiko jangkitan bagi lain-lain jemaah adalah rendah.



Namun, Muis menasihatkan orang ramai yang telah ke Masjid Al-Ansar pada tarikh-tarikh tersebut untuk memantau kesihatan mereka dengan dekat selama 14 hari dari tarikh mereka ke masjid.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >