Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah S'pura selamat wuquf

Jul 10, 2022 | 05:30 AM



JEMAAH haji Singapura telah selamat menunaikan wuquf, bermalam di Muzdalifah sebelum berangkat ke Mina.



Melalui satu kiriman di Facebook Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam, Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, berkata:



"Kami telah berkumpul pada hari Arafah, berdoa dan memohon ampun kepada Yang Maha Kuasa.



"Kami juga memanjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana memberi peluang kepada jemaah haji Singapura untuk menunaikan rukun Islam kelima mereka pada tahun ini."



Hari wuquf, rukun yang menjadi kemuncak ibadat haji, jatuh kelmarin, menurut ketetapan kerajaan Arab Saudi.



Selain banyak berdoa dan berzikir, Arafah membawa jemaah duduk berhenti sejenak dalam kehidupan yang bergerak pantas di dunia ini bersama seluruh kaum Muslimin yang melaksanakan ibadat haji dan merenung membayangkan kehidupan esok di Padang Mahsyar.



Encik Kadir, yang juga ketua Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO), berada di Arab Saudi bersama 900 jemaah Singapura keseluruhannya.



Mereka merupakan antara 850,000 jemaah asing yang mendapat izin melaksanakan rukun Islam kelima itu.



Secara keseluruhan, seramai 1 juta orang mengerjakan haji tahun ini.



Encik Kadir turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Muslim di Singapura yang menyambutnya hari ini.



Turut mengerjakan haji tahun ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, melalui kiriman di Facebook, berkata beliau bersyukur kesemua jemaah Singapura berjaya menyempurnakan ibadah berwuquf pada 9 Zulhijah.



"Saya sempat berkunjung ke khemah-khemah jemaah kita. Saya bertanya khabar dan meninjau kebajikan mereka.



"Saya gembira melihat semua jemaah penuh bersemangat dan gigih beribadah demi memanfaatkan kemuliaan Hari Arafah, kemuncak ibadah haji.



"Saya mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan masyarakat Islam Singapura dan negara kita.



"Semoga hati-hati kita terus disatukan untuk bersama berbakti demi kemajuan masyarakat dan negara, insya-Allah," tulis Encik Masagos.



Awal sebelum ini dilaporkan bahawa kesemua jemaah haji Singapura dibenarkan berwuquf di Arafah meskipun ada segelintir daripada mereka yang telah diuji positif Covid-19.



Kebenaran yang diberikan pihak berkuasa Arab Saudi itu adalah kerana jemaah-jemaah yang diuji positif itu hanya mengalami simptom ringan.



Hanya terdapat seorang jemaah sahaja yang mengalami gejala lebih teruk sedikit, yang dibantu pihak berkuasa Arab Saudi melakukan wuquf dan membuat perjalanan ke Muzdalifah dan Mina seterusnya supaya dapat menyempurnakan ibadah haji, jelas Encik Masagos, yang juga ketua rombongan haji Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >