Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENANGGUHAN VTL SG-SAUDI

Jemaah umrah kekal positif walau VTL ditangguh

Dec 02, 2021 | 05:30 AM



PADA mulanya, Ustazah Su'aidah Salim dan suami beliau sepatutnya kembali ke Singapura dari Arab Saudi selepas hari terakhir umrah mereka pada tanggal 4 Disember ini.



Namun, setelah diumumkan bulan lalu bahawa skim Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) bersama Arab Saudi akan bermula pada 6 Disember, agensi penyedia pakej umrahnya memutuskan melanjutkan tarikh kepulangan mereka kepada 7 Disember.



Malangnya, pada Ahad lalu pula, pemerintah mengumumkan pelancaran VTL bersama Arab Saudi itu perlu ditangguhkan dek kemunculan varian koronavirus baru Omicron.



Walaupun terjejas dengan perkembangan terbaru itu, Ustazah Su'aidah, 35 tahun, berkata beliau tetap rasa bersyukur kerana sudah berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci.



"Saya sudah bersedia dari segi mental dengan perubahan peraturan... secara peribadinya, saya rasa kita hanya merancang dan Allah merupakan perancang yang terbaik.



"Oleh itu, (kami) menerima ketidakpastian ini dan terus kekal positif, insyaAllah," kata beliau, yang akan berada di sana selama 13 hari.



Ustazah Su'aidah merupakan antara jemaah umrah Singapura yang terjejas dengan berita penangguhan VTL bersama Arab Saudi itu, menyebabkan ada yang perlu mengambil cuti tambahan kerana perlu menjalani tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama tujuh hari sekembali ke tanah air.



Namun begitu, beberapa agensi penyedia pakej umrah memberitahu Berita Harian (BH) bahawa jemaah yang sudah membuat pendaftaran bagi menunaikan umrah bulan ini tidak meminta menangguh atau membatalkan pakej mereka, malah akan meneruskan dengan rancangan mereka untuk ke Tanah Suci.



Ustazah Su'aidah berkata bahawa pihak agensinya sudah pun menasihatkan beliau dan jemaah lain tentang apa yang perlu dilakukan apabila pulang ke Singapura, dan menasihatkan mereka agar jangan bimbang dan kekal tenang.



Tambahnya, beliau akan menjalani SHN di rumahnya sendiri apabila pulang nanti.



Seorang lagi warga Singapura yang berada di Arab Saudi kini ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Zahid & Shah Group, Encik Mohamed Shah Reza, atas urusan perniagaan dan juga umrah.



Bagaimanapun, Encik Shah Reza, 33 tahun, menjelaskan beliau tidak terjejas dengan berita penangguhan VTL itu kerana akan berangkat ke Eropah selepas lapan hari di Arab Saudi dan akan berada di Eropah selama 15 hari sebelum pulang melalui VTL dari Switzerland setelah itu.



"Saya tidak terkesan tetapi beberapa jemaah yang saya berbual di Madinah ini rasa agak terkesan kerana mereka tidak jangkakan kos-kos tambahan yang perlu mereka keluarkan.



"Bagaimanapun, mereka reda kerana mereka percaya ini langkah terbaik yang diambil oleh pemerintah," kata beliau.




"Saya tidak terkesan tetapi beberapa jemaah yang saya berbual di Madinah ini rasa agak terkesan kerana mereka tidak jangkakan kos-kos tambahan yang perlu mereka keluarkan.

Bagaimanapun, mereka reda kerana mereka percaya ini langkah terbaik yang diambil oleh pemerintah."

- Encik Mohamed Shah Reza, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Zahid & Shah Group.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >