Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jenama dari pasar raya terkemuka luar negara kini boleh dibeli di sini

Aug 14, 2022 | 05:30 AM



KEDAI runcit dalam talian RedMart serta rangkaian pasar raya seperti FairPrice dan Cold Storage telah meningkatkan tawaran mereka bagi jenama rumah oleh pasar raya dan pengeluar makanan terkemuka luar negara.



Pengguna kini boleh membeli pelbagai jenis makanan utama, minuman, makanan ringan dan produk beku daripada rangkaian pasar raya seperti Woolworths dan Coles dari Australia; Morrisons, Sainsbury dan Waitrose dari Britain; serta jenama Picard dan Monoprix dari Perancis.



Pada Rabu lalu, RedMart turut mengumumkan kerjasama eksklusifnya dengan e-peruncit premium Korea Selatan, Market Kurly, untuk melancarkan pilihan produk makanan termasuk mi sejuk dan tteokbokki (kek beras Korea).



Ini adalah percubaan antarabangsa pertama penjual runcit berusia tujuh tahun itu. Sebagai permulaan, ia menawarkan lebih 40 produk, termasuk hidangan sedia dimasak dan sedia dimakan, serta hidangan Barat yang dipengaruhi Korea.



RedMart juga menjual satu lagi jenama Korea Selatan, Lotte Mart, yang menumpukan kepada bahan perasa, makanan ringan, pencuci mulut dan ais krim.



Pada 2018, RedMart membawa masuk produk daripada Sainsbury, jenama pasar raya luar negara pertama yang bekerjasama dengannya. Kini, ia juga menjual produk eksklusif dari Woolworths, Picard dan Monoprix.



Cik Jolin Huang, ketua RedMart dan kedai runcit Lazada Singapura, menyatakan permintaan yang semakin meningkat bagi produk sedia dimakan dan sedia dimasak, adalah kerana lebih ramai orang bekerja dari rumah semasa wabak Covid-19.



"Permintaan bagi produk import melonjak semasa orang ramai" tidak dapat melancong dan menikmati masakan antarabangsa, katanya.



"Khususnya, ramai mencari daging dan pastri diawet dari Perancis, produk biskut dan sarapan dari Australia, dan makanan ringan dari Jepun dan Korea Selatan."



Satu daripada dua pembelian merangkumi sekurang-kurangnya satu produk import atau jenama rumah RedMart, dengan pesanan dari Australia menjadi paling popular.



Import dari Korea Selatan telah menyaksikan peningkatan terbesar dalam permintaan, hampir dua kali ganda dalam tempoh dua tahun lalu, tambah Cik Huang.



Pada April lalu, pasar raya FairPrice melancarkan kerjasamanya dengan Coles. Produk Morrisons juga dijual di raknya pada bulan sama.



Kini terdapat lebih 140 produk Coles dan lebih 180 produk Morrisons di FairPrice.



Ketua pegawai pemerolehan FairPrice Group, Encik Tng Ah Yiam, berkata: "Coles ialah jenama yang dikenali ramai warga Singapura yang telah mengembara, belajar dan bekerja di Australia, atau mempunyai keluarga dan rakan yang tinggal di situ.



"Kami sentiasa mencari cara untuk mempelbagaikan penawaran produk kami untuk membawa dunia kepada pengguna kami pada harga berpatutan."



Berlainan daripada tanggapan biasa, sebilangan jenama asing tidak semestinya datang dengan harga lebih tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >