Jenama 'dUCk' buka butik di sini, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Jenama 'dUCk' buka butik di sini

Nov 04, 2018 | 05:30 AM

SEJAK kecilnya, fashionista popular dari Malaysia, Cik Vivi Yusof, kagum dengan Singapura yang dilihat cukup 'menyatukan' suasana lama dan baru.

Antara tempat yang menarik perhatian pelopor wadah membeli-belah dalam talian, FashionValet itu ialah sekitar Arab Street, yang kaya dengan seni warisan seni bina.

Justeru beliau cukup teruja apabila berjaya mendapatkan ruang di Haji Lane untuk butik jenama dUCk pertamanya di Singapura.

Jenama itu dikenali menerusi selendang dan tudung berkualiti dan juga barangan lain seperti beg, alat mandian, kosmetik, alat tulis-menulis dan hiasan rumah.

"Seperti mimpi jadi nyata. Saya memang simpan impian untuk buka butik di Haji Lane. Ini merupakan kejayaan besar kami sebagai usaha pertama melangkah ke pasaran antarabangsa," kata Cik Vivi, pelopor bersama Kumpulan dUCk.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ditemui Berita Minggu (BM) sehari sebelum majlis perasmian butik itu semalam, Pengurus Besar dUCk, Cik Kho Min-Jee, berkata pihaknya telah mendapatkan maklum balas daripada pelanggan setia, yang mesra dipanggil dUCkies dan mendapatkan saranan tentang lokasi terbaik untuk cawangan pertamanya di sini.

"Walaupun barangan kami boleh dibeli dalam talian, kami terima banyak permintaan pelanggan Singapura yang mahukan butik di sini agar mudah mereka melihat dan merasa sendiri pengalaman membeli atau menukar barang jika terdapat keperluan.

"Banyak saranan yang kami dapat untuk lokasi, tetapi nama Haji Lane muncul beberapa kali.

"Kebetulan Vivi sangat senangi kawasan ini dan kami bertuah kerana berjaya mendapatkan tempat di sini," ujar Cik Kho.

Sejak dikenalkan empat tahun lalau, tudung dUCk telah dijual lebih sejuta helai.

Dengan adanya butik itu di sini, beberapa kegiatan akan dianjurkan seperti demonstrasi ikat tudung, panduan solekan atau sekadar pertemuan dengan pelanggan setia bagi tawaran-tawaran menarik.

"Kami mahu menjalin ikatan hubungan yang baik dengan para pelanggan. Orang Singapura telah banyak menyokong kami, justeru kami rasa penting untuk berada dekat dengan mereka," kata Cik Kho.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map