Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jenama gaya hidup Jepun dijangka buka cawangan baru di Jewel Lapangan Terbang Changi

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



JENAMA gaya hidup Jepun, Don Don Donki, akan membuka cawangan baru di Jewel di Lapangan Terbang Changi pada suku pertama tahun depan.



Cawangan itu seluas 18,000 kaki persegi, yang bersamaan kira-kira ukuran empat gelanggang bola keranjang.



Ia akan terletak di Basement 1 (B1) di Jewel.



Don Don Donki dan Jewel berkata cawangan tersebut akan mempunyai tema penerbangan dan pelancongan. Ia akan mempunyai sudut khas yang mempamerkan pelbagai jenis sake (sejenis arak yang diperbuat daripada beras) serta tong sake tradisional.



Cawangan tersebut juga akan mempunyai lagi satu sudut untuk mempamerkan tawaran terkini dari Jepun, serta dapur berkonsep terbuka.



Kerja ubah suai akan bermula bulan ini, dengan segmen terjejas kini tertutup kepada orang ramai.



Encik Nigel Chia, ketua perhubungan pasaran dan korporat di Pembangunan Lapangan Terbang Changi Jewel memberitahu The Straits Times bahawa lebih 20 kedai di B1 telah diberi notis pengubahsuaian. Beberapa kedai ini akan berpindah ke unit lain di Jewel.



Beliau berkata perjanjian pemajakan bersama penyewa berbeza, dan Jewel tidak dapat berkongsi butiran khusus disebabkan kerahsiaan perniagaan.



Don Don Donki akan mengambil sebahagian besar ruang yang dikosongkan kedai-kedai itu, tetapi akan terdapat kedai baru lain yang bakal dibuka di ruang yang diubah suai tersebut.



Encik Chia berkata pengubahsuaian termasuk penggabungan koridor dan unit. Ini dijangka siap pada suku terakhir tahun ini.



Sewaktu tempoh ini, kira-kira 30 penyewa yang menawarkan barangan runcit serta makanan dan minuman di B1 akan terus dibuka.



Encik Chia menambah bahawa pengubahsuaian itu merupakan sebahagian usaha Jewel mahu terus memberi nafas baru kepada pengalaman pengunjung.



Beliau berkata sebanyak 20 kedai secara keseluruhan dibuka di Jewel tahun lalu, termasuk Bath & Body Works, Tai Er Chinese Sauerkraut Fish dan Luke's Lobster.



Lapan kedai baru dijangka dibuka dalam tiga bulan akan datang. Ini termasuk Poulet Bijou dan Mamma Mia, kedua-duanya dikendalikan Minor Food Group, yang kini mengendalikan Sanook Kitchen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >