Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jenayah kekal rendah tetapi penipuan masih membimbangkan: MHA

Feb 08, 2017 | 02:52 PM



SINGAPURA kekal sebagai kediaman selamat dan terjamin, sedang jenayah terus rendah dan kadar keseluruhan jenayah berkurangan pada 2016, menurut gambaran Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) tentang keadaan keselamatan tahun lalu (2016).



Dalam laporan yang dikeluarkan pada Rabu (8 Feb), MHA berkata jumlah kes jenayah ganas, pecah masuk dan kecurian berkurangan berbanding 2015.



Ia menyifatkan keadaan keseluruhan dadah stabil, dengan jumlah penagih yang ditangkap berkurangan sedikit.



Bilangan pesalah imigresen yang ditangkap kekal rendah, manakala bilangan orang yang ditahan kerana melindungi dan menggajikan pesalah imigresen berkurangan.



Kematian dan kecederaan akibat kebakaran juga berkurangan. Begitu juga jumlah kemalangan jalan raya maut dan kematian akibat nahas jalan raya.



MHA, bagaimanapun, memberi amaran beberapa trend kekal membimbangkan.



Walaupun bilangan jenayah komersial berkurangan sedikit, ia berkata kes penipuan melibatkan e-dagang, cinta Internet dan penyamaran pegawai dari China adalah satu kebimbangan ketara.



Bilangan penagih dadah baru telah meningkat, dengan hampir dua pertiga daripada mereka berumur di bawah 30 tahun.



Lebih ramai pejalan kaki warga emas terlibat dalam kemalangan maut, manakala bilangan panggilan ambulans kekal meningkat.



Pelbagai jabatan Home Team bakal mengeluarkan laporan statistik tahunan mereka pada minggu akan datang, yang akan mengembangkan trend yang diketengahkan dalam gambaran MHA.



Ancaman serangan pengganas juga dipaparkan dalam gambaran MHA. Ia menggesa orang ramai supaya berwaspada dan bersedia, dan rakyat Singapura supaya kekal bersatu dan pulih dengan cepat.



Memetik pelancaran SGSecure pada 24 Sep tahun lepas, MHA mengulangi gesaannya bagi tindakan masyarakat untuk membantu mencegah serangan pengganas.



"Kami berhasrat mempunyai sekurang-kurangnya seorang Warga Bersedia dalam setiap keluarga. Kami telah mendekati lebih 34,000 isi rumah untuk membantu mereka belajar cara melindungi diri dan keluarga mereka, dan cara mengenal dan melaporkan kelakuan atau barang mencurigakan," kata MHA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >